Siapa lagi gagah? Wanita atau lelaki? Bagi lelaki, kekuatan sentiasa berkait kekuatan fizikal manakala wanita memahami ia dari sudut ketahanan emosi dan mental.
KIX HD (Astro Siaran 729), destinasi terunggul untuk hiburan aksi di Asia dan Astro mencari jawapan kepada persoalan ini dengan kembalinya R U Tough Enough? Tahun ini, pertandingan ini bertujuan melawan stereotaip dengan mencari lima peserta lelaki dan lima peserta wanita untuk bertanding dalam edisi “Jejaka lawan Wanita”.
Sepuluh peserta ini bakal berentap dalam cabaran yang menduga fizikal dan emosi demi mencari jantina paling gagah. Hanya satu bakal ditabalkan sebagai Warga Paling Gagah Malaysia dan hadiah wang tunai RM30,000.
R U Tough Enough? Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan keatas. Untuk sertai pertandingan ini, peserta mesti memohon online di www.KIX-TV.com/tough. Sepuluh individu gagah akan dipilih untuk mengharungi cabaran akhir untuk menangi gelaran “Warga Paling Gagah Malaysia” dan wang tunai RM30,000.
Sebahagian daripada proses pencarian R U Tough Enough?, KIX HD akan hantar Tough Troopers mereka ke kawasan utama di Klang Valley untuk mencabar individu untuk mempertontonkan kegagahan mereka menerusi beberapa cabaran.
R U Tough Enough? dibawakan kepada anda Watsons, sponsor bersama Fisherman’s Friend dan penyedia perkhidmatan kesihatan terkemuka KPJ Healthcare Berhad, dan rakan kongsi rasmi, rakan lokasi Sunway Pyramid, dan rakan kesihatan Celebrity Fitness.