Jenama alat solek terkemuka Korea, Laniege kini tampil hebat dengan memperkenalkan 2 lagi rangkaian alat solek yang sensasi dengan bermodalkan warna dwi tona. Yup! Dua sinergi sempurna yang menggabungkan warna memukau. Koleksi rangkaian dwi tona Laniege bukan sahaja menyerlahkan wajah anda, tetapi dalam masa yang sama mewujudkan satu medium pemakaian solekan dengan hanya satu sapuan mudah.
Khas buat anda yang gemarkan solekan ringkas namun masih lagi kelihatan ranggi, koleksi dwi tona dari Laniege amat sesuai kerana ia mengetengahkan penggunaan gincu yang bisa memberi efek ombre serta pembayang mata dalam bentuk bar yang tidak memerlukan sebarang berus aplikasi seperti pembayang mata jenis serbuk.
Laniege Two Tone Lip Bar hadir dalam 4 pilihan warna memukau termasuk No.11 Juicy Pop, No.12 Maxi Red, No.13 Orange Blurring dan No.14 Dear Pink.
Demi melengkapkan solekan bibir mungil anda itu, hiasi pula kelopak mata menggunakan Two Tone Shadow Bar yang bergermalapan ini. Sesuai untuk gaya keluar malam, Two Tone Shadow Bar dari Laniege mengandungi konsistensi kilauan sekaligus bisa dijadikan pemerah pipi dan highlighter! Ia juga hadir dalam 4 pilihan warna menarik termasuk No.1 Humming Coral, No.2 Golden Rose, No.3 Orange Island dan No.4 Coffee Bronze.
Laniege Two Tone Lip Bar ditawarkan pada harga RM75 seunit manakala Laniege Two Tone Shadow Bar adalah RM110 seunit. Anda boleh mula dapatkan kedua-dua rangkaian koleksi dwi tona dari Laniege ini di semua cawangan dan kaunter Laniege seluruh Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.laneige.com.my atau lawat laman Facebook www.facebook.com/laneigemalaysia dan Instagram www.instagram.com/laneigemy Laniege.