Anda pasti tahu Dato’ Siti Nurhaliza akan mengadakan konsert secara besar-besaran, bukan? Tetapi di mana dan bila?
Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends bertaraf antarabangsa dibawakan oleh Celcom Axiata Berhad bersama-sama dengan Yonder Music akan diadakan secara eksklusif di Stadium Negara pada 2 April 2016 jam 8 malam.
Paling best adalah konsert secara langsung ini akan mempamerkan duet antara Dato ‘Siti Nurhaliza bersama Anggun, Afgan, Cakra Khan, Faizal Tahir dan Hafiz Suip. Dato ‘Siti Nurhaliza dan rakan-rakannya akan diiringi oleh 47 orkestra termasuk The Gotham All Stars, sebuah band kompulsif dari Bandar New York – Jules Bartholomew, Jermaine Parrish, Lawrence Jones dan Chelton Grey yang mempunyai pengalaman bekerja dengan beberapa nama besar seperti Katy Perry, Justin Timberlake, Mariah Carey dan P Diddy.
Nak tiket? Anda boleh ke laman web www.xpax.com.my, www.celcom.com.my, www.bigwin.com.my.
Selain daripada itu, Yonder Music akan memberi ganjaran kepada 20 pemenang bertuah dengan dua pas Diamond dan dua jemputan eksklusif untuk menghadiri sesi minum petang dengan Dato ‘Siti Nurhaliza pada 3 April 2016.
Nak menang? Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Aktifkan Yonder Music App.
- Buat The Ultimate Siti Nurhaliza Playlist dengan sekurang-kurangnya 10 buah lagu dan masukkan “#Sitizoners” dalam senarai playlist.
- Play, share, gunakan aplikasi dan aktif! Pengguna yang paling aktif akan dipilih.
Peraduan ini akan berlangsung dari 2 Mac sehingga 25 Mac 2016.