Hugo Boss adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia penghasilan wangian kerana sering tampil dengan nota bauan hangat sesuai dengan gaya hidup individu masa kini.
Baru-baru ini, jenama itu sekali lagi bakal mengoncangkan deria bau anda dengan dua jenis wangian baharu iaitu HUGO MAN Extreme dan HUGO WOMAN Extreme. Kedua-dua wangian itu langsung bertepatan dengan musim bunga yang bakal menjelma. Bukan itu shaja, koleksi haruman HUGO Extreme turut mampu merembeskan kesegaran yang nyata.
Jurugambar profesional yang bertanggungjawab untuk merakam foto rasmi kempen koleksi wangian HUGO Extreme, Benjamin Lennox menyatakan, beliau memilih untuk menggunakan cetakan berbuih yang seolah meletus dalam sebagai sisi utama gambar kempen yang dihasilkannya demi menggambarkan karakter bertenaga yang dimiliki wangian, seterusnya bisa mencipta suatu luahan keyakinan segar.
Bintang yang menjadi muka untuk kempen wangian baharu HUGO Extreme adalah termasuk Adrien Sahores sebagai bintang HUGO MAN Extreme manakala Freja Beha Erichsen sebagai bintang HUGO WOMAN Extreme.
HUGO MAN Extreme menggunakan botol ikonik eksklusif yang berbentuk flacon. Eau de parfum ini bakal membawa kembali bau HUGO MAN yang klasik kepada satu tahap yang lebih mengujakan bersama sedikit sentuhan kontemporari.
Bauan ini diserikan dengan nota bauan epal hijau segar yang telah disunting dengan impak maksima. Sebaik sahaja semburan melekat seketika di kulit, wangian tersebut bakal menyerlah dengan kemunculan nota bauan lavender, sage dan geranium untuk sisi yang lebih moden. Lapisan paling telap dan kuat yang terdapat dalam HUGO MAN Extreme adalah termasuk gabuangan bau cedarwood dan balsem cemara.
HUGO WOMAN Extreme pula mencerminkan kehebatan wangian terdahulu HUGO WOMAN tetapi telah diberi nafas baru dengan nota bauan yang menghasilkan kesegaran berganda. Ia termasuk bauan boysenberry yang ranggi, digabungkan pula bersama nota bauan rumput merah himalaya yang hebat.
Beberapa ketika selepas itu, anda akan berasa asyik dek bau yang mulanya agak ranggi tadi menimbulkan nota bauan floral segar terdiri dari bunga putih jasmin yang dipadankan dengan teh hitam. Seolah bunga yang sedang mekar, HUGO WOMAN Extreme menarik keluar sifat feminin anda dengan menyebarkan sisi versatilenya menggunakan nota bauan bunga oriental osmanthus yang juga bertindak untuk mengharmonikan segala nota bauan yang terkandung bersama.
HUGO MAN Extreme terdapat dalam pilihan botol 60ml (RM254) dan 100ml (RM338) manakala HUGO WOMAN Extreme pula ditawarkan dalam pilihan botol 30ml (RM182), 50ml (RM256) dan 75ml (RM327). Koleksi istimewa haruman menyegarkan HUGO Extreme telah pun berada di pasaran.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fragrances.hugoboss.com