Lihat gambar sahaja rasa sayang nak makan biskut secantik ini. Dengan setiap perincian yang ditonjolkan mampu membuatkan setiap orang jatuh cinta akan kreativiti pada biskut tersebut.
Jika dilihat dari jauh, ianya seperti sebuah gambar dengan ukiran yang cukup cermat sekali. Sememangnya biskut ini merupakan satu seni!
Chef Judit Czinkné Poór digelar Leonardo da Vinci dalam dunia pastri. Beliau mempunyai kedai menghias dan mereka kek, di Mézesmanna, Ajka. Di situ, setiap hari Judit menghabiskan masa dengan mereka pelbagai bentuk pada biskut, dari corak tradisional Hungary kepadalah reka bentuk kontemporari, semua sudah sebati untuknya.
Untuk pengetahuan anda, Judit menggunakan kemahiran beliau sebagai pelukis porselin untuk diadaptasi ke tahap dan bidang yang baru. Percaya atau tidak, dia mula melakukan cookies decorating sejak 2014.
Bagaimana beliau melakukannya?
“Practice, practice, practice,” jelas Judit yang sentiasa berlatih untuk menghasilkan reka bentuk yang sempurna.