AirAsiaGo.com, portal pelancongan dalam talian terkemuka Asia, mengumumkan jualan tempahan 24 jam – yakni menawarkan tempat duduk percuma untuk pelanggan setianya bersama dengan hotel, 24 jam sebelum penerbangan.
Bermula dari tengah malam pada 5 Mac 2016, AirAsiaGo.com akan menawarkan tempat duduk eksklusif ke destinasi AirAsia dan AirAsia X terpilih seperti Australia, Korea, Hong Kong, Jepun, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Malaysia dan lokasi percutian lain.
Untuk menikmati keistimewaan mendapatkan tempat duduk percuma sebelum orang lain, pelancong hanya perlu membeli percutian mereka sebagai pakej lengkap (penerbangan + hotel) melalui laman web AirAsiaGo (www.airasiago.com.my/bigsale). Semua tempahan sah untuk perjalanan dari 1 Mei 2016 hingga 31 Januari 2017.
Jikalau anda terlepas tawaran eksklusif ini, anda boleh berbuat demikian menerusi jualan awam yang bermula dari 6 Mac 2016 hingga 13 Mac 2016. Walaubagaimanapun, tempahan adalah sangat terhad, first-served basis!
Untuk info lanjut, anda boleh lihat laman web www.airasiago.com, Facebook, Twitter atau Instagram.