Selain rekaan terkini fesyennya yang gah seperti kaca mata Mama’s Brocade serta koleksi pakaian Musim Luruh/Sejuk 2015-2016 yang berilhamkan ciri dan elemen mawar merah, baru-baru ini Dolce&Gabbana tampil melengkapkan seisi koleskinya dengan haruman baru yang digelar Dolce Rosa Excelsa.
Secara dasarnya, Dolce&Gabbana terkenal dengan wangian popularnya yang berasaskan bunga White Amaryllis. Tetapi untuk haruman barunya ini, Dolce Rosa Excelsa cuba mewujudkan kelainan dengan memperkenalkan bau bunga-buangaan floral yang disunting dari keluarga jenis mawar.
Ia diperkaya dengan nota bauan floral segar yang kemudiannya merembeskan haruman manis lembut, sesuai untuk wanita yang gemarkan wangian sensual yang elegen.
Selain itu, terdapat juga esen wangian daun Neroli dan bunga betik bagi menyerlahkan lagi nota bauan haruman Dolce Rosa Excelsa ini.
Gabungan haruman yang diekstrak dari bunga Turkish Rose Absolute dan African Dog Rose pula memberikan latar nota bauan semula jadi bersahaja bersama dengan bahan aksen kompleks seperti Cashmeran dan Kayu Gaharu untuk menyumbangkan haruman berupa bauan rempah dan tanah menyenangkan.
Botol wangian Dolce Rosa Excelsa ini dibuat menggunakan kaca tebal berbentuk yang memiliki permukaan teguh. Manakala penutupnya pula diukir dengan bentuk bunga menyerupai kelopak mawar merah.
Cecair wangian berwarna merah jambu itu akan dipersembahkan dalam botol gelas kaca berkabut -menyerlahkan lagi sensasi wangian baru unik dari Dolce& Gabbana.
Dolce Rosa Excelsa ditawarkan dalam tiga saiz utama pada harga yang berlainan: Eau De Parfum 30ml (RM269), Eau De Parfum 50ml (RM359) dan Eau De Parfum 75ml (RM475).
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dolcegabbana.com/beauty