Siapa sini setiap kali makanan sampai, pasti ambil gambar dan edit cantik-cantik untuk update dekat media sosial, siapa? Haaa… mungkin aplikasi yang ini sesuai untuk anda!
Foodie, aplikasi kamera yang direka khas untuk makanan. Bunyi macam menarik, bukan?
Untuk pengetahuan anda, LINE Corporation telah melancarkan “Foodie”, satu aplikasi kamera terbaru yang boleh didapati secara percuma bagi peranti iPhone dan Android, direka khas untuk mengambil gambar makanan yang lazat.
Foodie mengikut jejak langkah aplikasi kamera yang direka khas oleh LINE untuk selfie, B612, yang telah melangkaui 100 juta muat turun di seluruh dunia. Aplikasi kamera makanan ini menawarkan pelbagai ciri-ciri istimewa dengan satu tujuan: menjadikan gambar makanan anda kelihatan lebih lazat.
Ia mempunyai 24 jenis penapis makanan yang dinamakan “Meats”, “Sushi”, “Cakes” dan banyak lagi yang pastinya akan membuat anda terliur. Ciri sudut terbaik dalam aplikasi ini membolehkan pengguna mengetahui melalui warna apabila kamera benar-benar mendatar di atas subjek supaya anda dapat mengambil flat lay seperti yang dilihat di dalam majalah gourmet.
Lebih menarik lagi, aplikasi ini turut mempunyai ciri-ciri seperti fokus lembut bagi menghasilkan imej seakan fotografi SLR, serta ciri-ciri pelaras kecerahan dan lampu denyar bagi memenuhi pilihan pengambaran anda. Foodie turut menawarkan ciri-ciri asas yang terdapat pada aplikasi kamera termasuklah perkongsian ke laman sosial seperti Instagram dan Twitter.
Ciri-ciri Utama Foodie
Penapis makanan menjadikan gambar masakan lebih menarik
Dengan pilihan 24 filters yang dioptimumkan untuk fotografi makanan, pengguna boleh mengambil dengan tepat gambar makanan yang mereka mahukan.
Ciri sudut terbaik untuk gambar terbentang rata yang bergaya
Menggunakan warna pada skrin untuk memberitahu pengguna bila posisi kamera benar-benar mendatar, di atas makanan atas meja, untuk fotografi terbentang rata yang mudah.
Ciri fokus lembut untuk imej ala profesional
Mengenalpasti makanan sebagai subjek secara automatik dan meletakkan imej sekeliling di luar fokus, menghasilkan imej seperti yang diambil menggunakan kamera single lens reflex (SLR).
Ciri pelaras kecerahan dan lampu denyar untuk mengambil gambar di lokasi gelap
Pengguna boleh menjadikan imej bertambah cerah atau gelap secara manual apabila mengambil gambar. Tambahan pula, lampu boleh dipasang seperti lampu denyar bagi membolehkan pengambaran dibuat dalam keadaan gelap. Nota: Pelaras kecerahan 40-langkah (-2.0 to +2.0) boleh dilaksanakan.
Perkongsian melalui pelbagai perkhidmatan
Foto yang telah diproses boleh dikongsi bukan sahaja melalui LINE tetapi juga di rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.
Paling menarik adalah sempena pelancarannya, LINE akan memberi ganjaran kepada pengguna Foodie di Malaysia disamping keterujaan mereka terhadap makanan dengan Pertandingan #MYFoodieDiary yang akan berlangsung pada 25 Februari hingga 6 Mac 2016.
Hanya tiga langkah mudah sahaja diperlukan untuk menyertai Pertandingan #MYFoodieDiary dan memulakan diari makanan anda:
Langkah 1: Muat turun aplikasi kamera Foodie melalui (http://foodie.line.me/go)
Langkah 2: Ambil gambar makanan anda menggunakan Foodie dan jangan lupa untuk mencantikkannya menggunakan filters dan ciri-ciri
Langkah 3: Muat naik ke dalam media sosial anda, hashtag #MYFoodieDiary dan tag rakan-rakan yang menjadi pesaing anda! *Hanya penyertaan yang mempunyai watermark Foodie dan boleh dilihat melalui tetapan awam layak menyertai