Untuk merapatkan hubungan, kedua-duanya perlulah saling memahami, komitmen adalah sangat penting untuk setiap pasangan yang bercinta.
Walau sesibuk mana pun anda, cuba luangkan masa untuk si dia agar dia tahu yang anda sentiasa ada di dalam hatinya.
Ini antara idea aktiviti yang boleh dilakukan bersama:
1. Tonton Filem – Agak cliché tetapi ini adalah idea yang paling ringkas jika anda sudah lama tidak bertemu dengan si dia. Tonton filem di rumah menggunakan servis sambungan Internet 11GB 4G apabila anda mendaftar dengan Pakej Pascabayar Yes Super. Untuk pengetahuan anda, Pakej Pascabayar Yes Super 88 dengan Huddle XS Bundle menawarkan ruang simpanan data sebesar 11GB, pada kadar kelajuan 20Mbps.
2. Makan di Tempat Yang Menarik – Aturkan satu makan malam istimewa di restoran yang anda dan si dia tidak pernah cuba sebelum ini. Mungkin di sebuah restoran eksklusif yang masih baru? Cari rangkaian pilihan restoran yang terbaik melalui aplikasi Trip Advisor pada telefon pintar anda kerana ianya lebih memudahkan, malah anda berpeluang membaca ulasan daripada pelanggan terdahulu sebelum pergi ke sana.
3. Pergi ke Konsert/Festival – Di Malaysia, boleh dikatakan setiap minggu ada saja karnival yang berlangsung, antaranya festival muzik, persembahan seni dan kebudayaan dan banyak lagi! Anda boleh mencari maklumat di internet atau media sosial sebelum membawa pasangan anda pergi berhibur. Malah, ketika menghadiri acara tersebut, bolehlah anda memuat naik rakaman video mahupun selfie yang menunjukkan kehebatan suasana yang berlangsung.
4. Berkelah – Berikut adalah cara yang baik untuk menghabiskan hari yang tenang dengan kekasih/suami/pasangan anda. Rancangkan satu perkelahan di hujung minggu. Kalau bukan di pantai, anda boleh sahaja pergi ke Putrajaya ataupun di mana-mana lokasi yang menawarkan pemandangan yang indah. Kongsi imej makanan yang anda nikmati bersama ketika berkelah di Instagram atau memuat naik rakaman video secara langsung (live update) di akaun media sosial anda yang lain.
5. Panggilan Video – Anda dan si dia menghadapi hubungan jarak jauh? Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkomunikasi dan melihat wajahnya secara terus. Anda masih boleh membuat panggilan video melalui Skype ataupun FaceTime dengan yang tersayang pada bila-bila masa.
6. Permainan Dalam Talian – Rapatkan hubungan dengan permainan dalam talian. Ya! Ianya agak menyeronokkan lebih-lebih lagi jika anda berdua jenis yang adventure. Apatah lagi dapat berlawan satu sama lain dalam permainan kegemaran bersama-sama menggunakan liputan kelajuan Internet secara konsisten.
7. Buka Akaun Bersama – Cipta sebuah gambar kolaj yang mengandungi memori detik-detik anda bersama pasangan. Ia mungkin berbentuk gambar mahupun rakaman video untuk dimuat naik ke dalam akaun Instagram bersama milik anda berdua. Anda juga boleh berkongsi video romantis anda di saluran Youtube, seterusnya berkongsi di laman Facebook juga!
8. Taman Tema – Terdapat banyak taman tema menarik seperti Genting Highlands, Berjaya Times Square, Sunway Lagoon ataupun di iCity Shah Alam. Melalui, Pakej Pascabayar Yes Super 88 dengan Huddle XS Bundle ini, anda boleh berkongsi maklumat dan berhubung dengan kawan-kawan atau keluarga tempat menarik yang anda pergi. Sambil menikmati pemandangan dan hiburan yang menyeronokkan, anda boleh rakam video dan update di media sosial!
Internet memainkan peranan besar dalam membantu anda terus berhubung sambil berkongsi memori terindah bersama. Dengan adanya YES Huddles XS 4G Mobile Hotspot, peranti genit bersaiz kecil ini mampu menyalurkan liputan rangkaian internet – membolehkan anda berkongsi sehingga 5 orang pengguna.
Baterinya bisa tahan selama 6 jam, jadi anda berupaya menggunakannya untuk jangka masa panjang sekaligus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk kekal berhubung dalam negara pada bila-bila masa.
Tambahan, jika anda mendaftar untuk Pakej Pascabayar Yes Super 88 yang menawarkan bekalan ruangan data 11GB pada harga RM88 sebulan, anda juga berpeluang mendapatkan Huddle XS MiFi unit secara percuma! Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2016.
Untuk info lanjut mengenai, Pakej Pascabayar Yes Super 88 dengan Huddle XS Bundle, anda boleh semak ke laman web rasmi www.yes.my.