Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home D.I.Y

DIY: Bunga Ros Kertas Untuk Hiasan Pelaminan & Majlis Keramaian Yang Mempersona

by Afiqah Syamin
February 22, 2016
Foto -studiodiy.com

Foto -studiodiy.com

1.4k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bukan mudah untuk mengadakan satu-satu majlis keramaian, lebih-lebih lagi jika majlis berkenaan ada hubung kaitnya dengan sambutan besar-besaran seperti majlis pertunangan mahupun perkahwinan.

Tidak dinafikan, kita semua punyai perkahwinan impian. Namun, kadang-kala, terdapat beberapa halangan yang bisa menyekat kita daripada merealisasikam angan-angan tersebut.

Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com

Oleh itu, tiada sebarang masalah yang akan terjadi jika tidak ditemani dengan jalan penyelasaian yang munasabah. Misal kata, jika terlalu banyak perkara yang perlu anda dahulukan seperti kos upahan katering dan sebagainya sehingga anda harus mengurangkan kos sewaan hiasan pelamin anda, anda mungkin boleh gunakan cara D.I.Y untuk bina pelamin yang indah. Paling penting, ianya tidak akan menelan kos yang banyak!

Asalkan sahaja anda kreatif dan punyai kemahuan, pasti pelamin dan hiasan dalaman dewan di hari perkahwinan anda bakal menyerlah!

Wanista ingin kongsikan cara bagaimana anda boleh mencipta bunga ros kertas gergasi yang dilihat semakin trending untuk dijadikan hiasan pelaminan, hiasan dewan ataupun sebagai penyeri meja yang ringkas, namun masih lagi mampu mewujudkan persona.

Bahan-Bahan Kraf:

Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  1. Kertas Krep (Crepe Paper)
  2. Pita pembalut dawai/bunga
  3. Gam
  4. Sebatang pensil kayu
  5. Dawai bunga

Sediakan:

  1. (5) kelopak bunga kertas kecil
  2. (15) keping kelopak bunga kertas gergasi berbentuk hati
  3. (3) keping daun kertas
  4. (1) daun pucuk 

Cara-Cara:

IKLAN

Seperti penulis, penulis pilih untuk menggunakan 3 jenis warna merah jambu sebagai kontras iaitu, warna merah jambu cair, merah jambu aprikot dan merah jambu krim.

Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Mulakan dengan memotong semua kepingan kelopak bunga dan daun yang diperlukan.
  • Gosok kelopak kertas berkenaan dengan seterika jika perlu untuk meratakan kedutan pada kertas.
  • Selepas itu, mula untuk membuat tangkai. Balutkan 4 hingga 6 batang dawai bunga sekaligus menggunakan pita pembalut dawai mengikut ukuran panjang tangkai yang anda mahu. 
  • Sambil membalut dawai, tegangkan pita agar pelekat pada pita tersebut bertindak membaluti dawai dengan sempurna dan tidak mudah tertanggal.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Segera bentukkan kelopak bunga kertas anda. Lekukan bahagian tengah kelopak.
  • Kemudian, perlahan-lahan gulungkan penghujung kelopak menggunakan pensil kayu.
  • Sambil menggulung, anda tekan kertas yang membaluti pensil itu supaya ianya terbentuk dengan cantik dan kemas.

3

  • Kini, lakukan langkah yang sama kepada 15 keping kelopak yang besar pula.
  • Ini mungkin langkah yang paling sukar untuk anda tetapi, cuba yang terbaik untuk mengekalkan bentuk kelopak anda agar sama semuanya.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Sekarang, anda perlu pastikan supaya anda membuat tunas bunga menggunakan 5 keping kelopak bunga kertas dahulu.
  • Mulakan dengan membalut dawai bersama satu keping kelopak dengan ketat. Sambung membalut kepingan kelopak yang lain dikelilingnya. Pastikan kelopak bertindih antara satu sama lain (rujuk pada gambar tutorial) sehingga habis kesemuanya.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Tunas bunga anda harus kelihatan seperti dalam gambar kiri di bawah. Tidak mengapa jika kepingan kelopak bunga anda berkedut. Rapikan dibahagian penghujung sebelum anda membalut penghujungnya dengan pita pembalut. 
  • Balut sehingga anda menutup kesemua bahagian yang berwarna dan bertemu kembali dengan batang bunga berkenaan agar tampak kemas -kelihatan seperti bunga yang sebenar.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Sekarang, anda punyai lebih 15 kelopak bunga kertas yang berbentuk hati betul? Tambahkan kelopak sehingga bunga ros anda kelihatan rimbun.
  • Setiap kali anda tambahkan dua (2) keping kelopak bunga pada tunas, kemaskan ia dengan pita bunga supaya tidak mudah tercabut mahupun tertanggal dari tangkai. 
  • Pastikan kesemua kelopak dilekatkan pada keliling bunga dengan rapi supaya mekarnya nampak sekata.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Ingat! Penting untuk anda membalut dengan tegang menggunakan pita pembalut berkenaan. Pusingkan pita sekeliling penghujung bunga sehingga mengenai kembali balutan pita di bahagian tangkai.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Lihat dari atas permukaan bunga sama ada susunannya sekata ataupun tidak. Kemaskan kedudukan kelopak bunga berkenaan.
8
Foto -studiodiy.com
  • Setelah kesemua kelopak bunga dibalut penghujungnya, kini tiba masa untuk membalut pucuk daun yang lazimnya membaluti penghujung bunga (dekat dengan tangkai). 
  • Terbalikkan bunga ros anda dan mula balut pucuk daun dengan rapi. 
  • Pastikan pucuk daun anda cukup besar dan panjang. Jika tidak, ianya akan tenggelam di bawah kelopak bunga anda yang rimbun itu.
  • Aturkan susunan supaya sekata, langsung, balutkan ia menggunakan pita pembalut seperti biasa.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Untuk menyediakan daun, dengan menggunakan gam (sebaiknya gam PVA kerana lebih kuat), lekatkan batang dawai di bahagian tengah kelopak daun.
  • Lipatkan daun kepada dua bahagian dan tekan sepanjang batang dawai supaya ianya melekat dengan ketat.
  • Tanpa perlu membuka lipatan daun, biarkan ia kering.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Setelah kering, buka daun anda perlahan-lahan sambil memegang bahagian batang di belakang permukaan daun agar ianya tidak tertanggal dari batang.
  • Sekarang, letakkan sedikit gam di bahagian hujung batang daun berkenaan dan balutkan kertas sama warna sehingga ke penghujung batang daun.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Untuk mencantumkan bahagian batang daun kepada batang bunga anda, susunkan batang daun pada bahagian batang bunga yang anda kehendaki, dan balutkan bersama menggunakan pita dengan rapi beberapa kali.
  • Apabila balutan telah siap, anda boleh bengkokan kedudukan batang daun agar kelihatan lebih realistik.
  • Tambahkan sedikit gam pada pucuk daun dan balutkan kertas sama warna untuk menutup sisa pita.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com
  • Teruskan membalut keseluruhan batang dengan kertas sama warna (warna hijau pucuk).
  • Apabila sampai di penghujung batang, gam kan kertas pembalut berkenaan. Pastikan anda balut dengan kemas supaya tidak tertanggal kelak.
Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com

Dah siap! Hasilnya, memang cantik!

Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com

Jika anda nak wujudkan sesuatu kelainan, daripada menempah bunga telur di kedai, anda juga boleh membuat bunga telur anda menggunakan teknik yang ini! :)

Selamat mencuba!

Foto -studiodiy.com
Foto -studiodiy.com

 

SUMBER

Tags: Bunga Ros Kertasdekorasidiydiy bunga dari kertas a4do it yourselfKertas KrepKreatifpelamin
Share566SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Cantik Betul Deko Kondo Sandara Park, Warna-Warna Ceria Sesuai Untuk Gadis Bujang
Dekorasi

Cantik Betul Deko Kondo Sandara Park, Warna-Warna Ceria Sesuai Untuk Gadis Bujang

January 4, 2022
Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone
Dekorasi

Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone

November 29, 2021
Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis
Dekorasi

Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis

October 28, 2021
Hati-Hati Dengan Kipas Jenama Deka, Boleh Patah Secara Tiba-Tiba
Dekorasi

Hati-Hati Dengan Kipas Jenama Deka, Boleh Patah Secara Tiba-Tiba

October 5, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.