Sebagai salah satu jenama peneraju alat solek serta kecantikkan antarabangsa, Shu Uemura baru-baru ini tampil memperkenalkan bedak asas mencerah pertama yang baharu.
Blanc:Croma Brightening UV Cushion Foundation mampu mencapai perlindungan menyeluruh sementara mengekalkan kemasan yang cantik seolah bedak asas tersebut adalah berasaskan formula cecair. Formula inovatif ini terhasil dari kebijaksanaan Shu Uemura yang mereka cipta kusyen aplikator yang terbaik bagi memastikan kemasan solekan yang terperinci dan meliputi keseluruhan permukaan wajah dengan rata dan senada, sesuai untuk menyapu lapisan bedak asas pada wajah sebagai satu solekan yang ringkas dan sempurna.
Selain memudahkan, wajah anda sekaligus tampak lebih licin, gebu dan cerah tanpa cela -walaupun tidak menggunakan sebarang cara solekan profesional.
Untuk pemakaian solekan masa kini, kebanyakkan jenama hanya mementingkan kesan dan efek kesempurnaan pada si pemakai tanpa mengambil kira tentang perlindungan kulit.
Untuk pengetahuan anda, kulit wajah adalah bahagian permukaan yang paling sensitif dan perlu diberi perhatian yang lebih. Untuk itu, Shu Uemura sentiasa peka untuk menyediakan kombo yang terbaik untuk kulit wajah anda.
Blanc:Croma Brightening UV Cushion Foundation ini bukan hanya berfungsi sebagai bedak asas semata-mata, malah bisa melindungi kulit anda dengan menawarkan perlindungan sehingga SPF 50+ PA+++. Ia diperkaya dengan elemen pencerahan, Melano SW dan Vitamin CG untuk menyegarkan kulit, di samping mencerah walaupun hanya baru sebulan menggunakannya.
Bukan itu sahaja, malah aplikator kusyen puff yang direka khas itu secara atidak langsung membantu memberi sapuan yang sekata dan bisa menutup segala cela dengan baik, yang buat kulit anda nampak berseri untuk jangka masa yang panjang. Ia diperbuat daripada material nilon empuk yang berbulu lembut.
Blanc:Croma Brightening UV Cushion Foundation menawarkan 6 pilihan warna yang sesuai dengan tona kulit orang Asia, yang terdiri dari kod 564, 574, 584, 754, 764 dan 774.
Cara penggunaan:
- Mulakan sapuan dari titik pertemuan tulang rahang atas dan bawah, tekan perlahan-lahan dan lakukan sapuan kebawah dan secara mengeluar.
- Lakukan sapuan lembut menggunakan kusyen puff di kawasan sekeliling bibir.
- Di bahagian hidung, sapu dari bahagian atas tulang hidung dan tolak ia ke bawah dan di sekeliling lekukkan bentuk hidung.
- Di bahagian dahi pula, tekan dan lakukan sapuan secara mengeluar dari kawasan tengah dahi.
- Dengan cara teknik sapuan mengeluar yang sama seperti dahi, sapu dari belah dalam kelopak mata dan tarik ia ke bahagian sisi luar mata.
- Akhir sekali, lakukan sapuan pada bahagian leher menggunakan teknik sapuan ke bawah.
Harga yang ditawarkan untuk set bedak asas Blanc:Croma Brightening UV Cushion Foundation, termasuk isian bedak, bekas bedak dan kusyen puff adalah RM190. Manakala, secara berasingan pula, isian bedak adalah RM140, bekas bedak RM50, dan kusyen puff RM20. Untuk maklumat lanjut, sila layari shuuemuramy.com.