Rekaan koleksi terbaru daripada H&M STUDIO untuk musim Bunga/Panas 2016 menyisipkan elemen yang bukan sahaja bergaya, malah sedikit sentuhan glamor dan nafas pengembaraan.
Khas buat gadis serta wanita yang gemarkan fesyen ala Vanessa Hudgens yang versatile, anda sangat beruntung kerana koleksi H&M STUDIO untuk wanita kali ini menekankan konsep kebebasan bohemia iaitu dengan memfokuskan corak cetakan ranggi, penggunaan fabrik berlapis, gabungan gaya musim panas tepi pantai bersama fungsi serta gaya sporty untuk melengkapi si gadis bandar.
Untuk jejaka pula, kebanyakkan fesyen serta gaya cliché telah dihembus dengan perincian yang lebih sofistikated serta unik. Bagi mereka yang sedang mencari-cari gaya fesyen seimbang untuk dimanfaatkan, H&M STUDIO untuk lelaki bakal menyerikan almari anda musim ini dengan helaian yang bercirikan zip, baju santai, juga berasaskan fabrik material jenis linen dan kapas serta palet warna tanah -selari dengan gambaran fesyen lelaki klasik.
Koleksi H&M STUDIO untuk musim Bunga/Panas 2016 adalah bertujuan untuk memberi seleksi pilihan pakaian yang pelbagai kepada pengguna bersempena lembaran baru yang lebih sensasi. Kesemua koleksi terkini H&M STUDIO boleh didapati di H&M cawangan Lot 10 bermula 25 Februari 2016.