Bayangkan baru berusia sembilan bulan, Puteri Charlotte, yang merupakan anak kedua Kate Middleton dan Putera William sudah memberi inspirasi kepada produk kecantikan.
Kita sedia maklum jenama produk kecantikan selalu diwakili oleh nama-nama pelakon, selebriti ataupun model ternama untuk memperkenalkan produk mereka tetapi tidak pada pereka fesyen Marc Jacobs.
Marc Jacobs baru saja melancarkan gincu bibir yang dinamakan ‘Charlotte’. Gincu ‘Charlotte’ ini merupakan buah tangan terbaru untuk koleksi Le Marc Lip Crème Collection. ‘Charlotte’ menampilkan rona rose-pink yang diilhamkan daripada bunga English Rose. Malangnya, gincu bibir ini tidak dipasarkan secara meluas, hanya dijual secara eksklusif di laman web Harrods dan gedung rasminya. Gincu siri Le Marc Lip Crème Collection ‘Charlotte’ ini dijual dengan harga USD 36.11.