Siapa yang tak nak kelihatan awet muda sentiasa? Walaupun di usia meningkat, kulit wajah masih kekal lembap dan berseri sentiasa. Sukanya!
Diformulakan untuk individu yang bersungguh-sungguh inginkan kulit yang lembut, terhidrat dalam kepantasan gaya hidup. O’slee yang berasal dari Hong Kong kini tampil dengan O’slee Rosehip Ruby Peeling Gel.
Peribumi zaman purba Chile telah menggunakan rosehip untuk tujuan penjagaan kulit selama berabad-abad dan masa kini. Ianya bermanfaat untuk penjagaan kulit dan terkenal untuk keupayaan mengurangkan kedutan dan melawan radikal bebas dengan melambatkan tanda penuaan, malah meransang pengeluaran kolagen yang meningkatkan daya tahan dan keanjalan struktur kulit.
O’slee Rosehip Ruby Peeling Gel diperbuat daripada ekstrak kernel oat semula jadi, bahan yang mengekalkan kulit lembap dengan memurnikan melanin dalaman anda yang menentukan warna kulit sekaligus memberikan keseimbangan untuk kulit anda.
Kemasukan PEG-40 hidrogenasi minyak kastor dalam gel pengelupasan ini mampu melembutkan kutikel bersama-sama dengan kotoran lain seperti bintik hitam sebelum akhirnya dilarutkan sebagai sebahagian daripada rejim pembersihan yang mendalam.
Anda boleh dapatkan produk O’slee ini di semua cawangan Guardian Pharmacy seluruh Malaysia. Untuk info lebih lanjut mengenai produk ini, sila layari O’slee Malaysia.