Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

Kejutkan Kekasih Anda Dengan Pakej Percutian Berbaloi Dari Hotels.com

by Afiqah Syamin
February 4, 2016
Foto -Arkib Wanista

Foto -Arkib Wanista

43
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Holla! Hari Kekasih bakal tiba tidak lama lagi. Jadi, apa agaknya idea anda untuk menggembirakan hati kekasih? Selain hadiah barang kemas, mahupun makan malam romantis yang ditemani sekotak coklat dan jambangan ros, apa lagi rancangan anda untuk buat si dia tersenyum?

Okay! Jika anda buntu, di sini Hotels.com menawarkan pakej percutian mewah di luar negara, pada harga yang sangat berbaloi! Yup! anda akan mendapat penjimatan sebanyak 60% untuk tempahan penginapan terpilih. Terima kasih kepada Valentine’s Day Sale yang berlangsung dari 14 Februari 2016 hingga 16 Mac 2016 bersempena sambutan Hari Kekasih yang istimewa ini!

Di sini, Hotels.com juga ingin berkongsi idea percutian menarik, dengan menyenaraikan beberapa lokasi pelancongan yang bisa menghangatkan lagi percintaan anda dan pasangan. Memori percutian yang indah itu bisa disimpan rapi dalam kotak hati anda dan pasangan. Jom lihat lokasi menarik mana yang dicadangkan oleh pihak Hotels.com!

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

HUNGARY, Eropah

Hungary mungkin terkenal dengan sajian istimewa yang digelar Goulash ataupun sejenis stew campuran sayur serta daging yang direncah bersama paprika. Untuk pengetahuan anda lagi, Budapest pula adalah sebuah kota lama yang cantik dan kaya dengan nota sejarah Eropah. Ini mungkin akan menjadi tempat pilihan percutian romantis anda untuk tahun ini! 

Foto -eu.ironman.com
Foto -eu.ironman.com

Apabila datang ke Budapest, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke daerah istana. Naik kereta kabel hingga ke Castle Hill untuk nikmati pengalaman meneroka Istana Diraja yang tersergam mewah.

Selain jalan-jalan yang berliku di celah-celah perumahan yang cantik, pengalaman untuk makan angin dan bersiar-siar di kota lama abad pertengahan itu sememangnya sesuai untuk anda dan pasangan menghabiskan waktu terluang bersama!

Foto -telegraph.co.uk
Foto -telegraph.co.uk

Apabila hening malam tiba, Hotels.com mencadangkan supaya anda berjalan-jalan di sepanjang tambak Danube yang terbentang di antara dua jambatan ikonik Budapest iaitu Chain Bridge bersejarah dan Elisaberth Bridge. Dengan cahaya gemerlapan yang menerangi kawasan berkenaan, anda dan pasangan pasti terpana seterusnya merasakan suasana romantik yang tidak ternilai! Anda boleh menginap di Central Passage Apartments memandangkan lokasinya berada di tengah-tengah kota Budapest. 

Foto -
Foto – Central Passage Apartments

 

Foto -
Foto -Central Passage Apartments

 

BROOME’s CABLE BEACH, Australia

IKLAN

Foto -australiantraveller.com
Foto -australiantraveller.com
Foto -galleryfantastic.com
Foto -galleryfantastic.com

Untuk anda yang gemar mendengar deruan angin nyaman serta bunyi ombak, anda boleh merancang percutian ke Broome’s Cable Beach di kawasan Barat Australia yang boleh dianggap sebagai syurga dunia. Pantai yang terbentang luas sepanjang 22 kilometer itu dipenuhi pasir putih asli yang halus, berlatarkan lautan hindi biru jernih yang sungguh menawan. Kadar pukulan ombak yang tidak berapa beralun dan pantainya yang rata menjadikan ia destinasi yang sesuai untuk berenang serta berjemur. Jika anda mahukan lebih cabaran, anda dan pasangan boleh meneroka Gantheaume Point di hulu sebelah Selatan Cable Beach. 

Foto -markboyle.com.au
Foto -markboyle.com.au

Ketika waktu pantai surut, akan terbitnya sebuah keajaiban, iaitu tapak kaki dinosaur yang muncul dari permukaan laut kering berusia 130 Juta tahun. Pemandangan Cable Beach akan menjadi lebih manakjubkan sewaktu fenomena matahari terbenam. Jika anda mahu, anda boleh membawa pasangan anda untuk melakukan aktiviti berkelah di tepi laut secara kasual. Setidak-tidak pun, jika anda mahu menunjukkan lebih usaha demi menggambarkan cinta anda pada si dia, anda boleh membawa pasangan untuk menunggang unta di tepi pantai berlatarkan suasana matahari terbenam yang sungguh mengasyikkan! 

Foto -kimberleysands.com.au
Foto -kimberleysands.com.au

Anda kemudian boleh menginap di Kimberley Sands Resort & Spa Cable Beach yang begitu dekat dengan tempat tarikan pelancong seperti Courthouse Markets dan Pearl Luggers Museum.

Foto -kimberleysands.com.au

 

YOGYAKARTA, Indonesia

Jika anda dah selalu sangat melancong ke daerah Eropah, di sini terdapat pilihan untuk merantau ke negara tempatan Asia yang kaya dengan pelbagai pengalaman yang pasti buat anda gembira senantiasa! 

Foto -indonesia.travel
Foto -indonesia.travel

Yogyakarta terkenal sebagai sebuah destinasi romantik di Indonesia selain Bali. Anda bisa melihat sendiri seni, kebudayaan dan kehebatan sejarah purba Jawa yang membawa anda ke candi Borobudur sebaik sahaja tiba di sana nanti. Selain memahami isi sejarah candi berkenaan, anda boleh berdiri di puncak gunung untuk melihat kehijauan segar, pemandangan flora dan fauna asli. 

Foto -javasoulmate.wordpress.com
Foto -javasoulmate.wordpress.com

Mendaki gunung Borobudur itu sendiri adalah pengalaman mahal yang simbolik dengan perjalanan hidup anda untuk mara ke kehidupan yang seterusnya. Sebaik tiba di atas sana, jangan lupa untuk mengambil gambar kenangan yang berlatarkan alam semula jadi indah bersama pasangan.

57928642
Foto -sakantimalioborohotel.com

Setelah selesai, anda boleh lah beralih ke Istana Diraja Kraton. Kediaman diraja ini adalah salah satu tempat menarik untuk dikunjungi jika anda gemar untuk mengetahui lebih mendalam akan asal-usul kebudayaan Jawa. Untuk melegakan kelaparan dan dahaga pula, silalah melapangkan masa untuk menikmati hidangan yang asyik di puluhan kafe serta restoran sekitar kawasan Prawirotaman. Untuk penginapan, anda boleh bermalam di Sakanti Malioboro Hotel.

Foto -sakantimalioborohotel.com
Foto -sakantimalioborohotel.com

Untuk maklumat lanjut tentang percutian romantik bersempena Hari Kekasih 2016 serta tempahan penginapan mewah yang berbaloi, sila layari www.hotels.com. Tempah menggunakan telefon pintar sekarang  untuk dapatkan mata ganjaran loyalti!

Tags: cinta perhubunganhotels.comkembaraPakej Percutian MewahPercutian RomantisPromosi Hari Kekasih 2016travelvalentines day
Share17SendShare

Artikel Berkaitan

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!
Kembara

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!

by Soph.Azz
December 29, 2021
0

Penulis percaya bila lama sangat tunggu penerbangan yang ditangguhkan atau penerbangan pagi, ramai yang akan menghabiskan masanya di lapangan terbang....

Baca Lagi
Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan
Kembara

Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan

by Lisa AG
December 14, 2021
0

Ada bilik bertemakan Barbie di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur?! Berita baik kepada peminat Barbie, Grand Hyatt Kuala Lumpur telah...

Baca Lagi
Tenang & Diam, Kafe Green Lab Sesuai Untuk Orang Yang Suka Termenung
Kembara

Tenang & Diam, Kafe Green Lab Sesuai Untuk Orang Yang Suka Termenung

by Soph.Azz
December 10, 2021
0

Bila pergi ke kafe sendirian dengan tujuan untuk me-time, pasti akan ada yang memandang seolah-olah kamu seorang yang 'menyedihkan' dan...

Baca Lagi
Menarik Betul! Pergi Kundasang Saja, Kamu Boleh Feeling Seperti Tinggal Dalam Rumah Hobbit
Kembara

Menarik Betul! Pergi Kundasang Saja, Kamu Boleh Feeling Seperti Tinggal Dalam Rumah Hobbit

by Soph.Azz
December 1, 2021
0

Team Wanista nak kongsi satu berita gembira! Kamu nak rasai pengalaman berada dalam rumah seperti The Hobbit seperti filem "Lord...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.