Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kesihatan

Alamak Badan Berbau? 6 Tips Ini Boleh Bantu

by IamLisa
February 3, 2016
Foto - www.antiperspirantsinfo.com

Foto - www.antiperspirantsinfo.com

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jika anda biasa menaiki pengangkutan awam, mesti dah biasa dengan orang sekelilingi yang mempunyai masalah bau badan. Rasa macam nak beritahu yang badan dia berbau, nak sedekahkan deodoran supaya tak berbau lagi. 

Masalah bau badan seringkali dikaitkan dengan peluh yang banyak serta kurang penjagaan kebersihan diri pada ruang-ruang tertentu pada anggota badan. 

Jadi, apa yang perlu anda lakukan agar bau badan itu hilang? Nah tips dari kami.

Foto - www.voceatransilvaniei.ro
Foto – www.voceatransilvaniei.ro

Makan herba dan rempah ratus – Amalan memakan herba dan rempah ratus seperti ‘Medicago Satina’, ‘Petroselinum Crispum’, dan ‘Rosmarinus Officianlis’ dapat membunuh bakteria di dalam tubuh yang menjadi penyebab utama bau badan akibat berpeluh. Satu lagi cara adalah menggunakan air rebusan sireh yang dicampur garam sebagai air mandian untuk menghilangkan bau badan. Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Diet seimbang – Masalah bau badan juga boleh berlaku sekiranya anda tidak menjaga pemakanan dengan baik dan teratur. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mengawal metabolisme badan sekaligus dapat mengawal berat badan anda. Amalan minum air masak sebanyak 8 gelas sehari juga dapat membantu membuang toksin dalam badan yang mengakibatkan masalah bau badan.

Jaga kebersihan tubuh – Pastikan tubuh sentiasa bersih dan dijaga dengan baik. Sekiranya anda melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan badan mengeluarkan peluh dengan banyak, pastikan badan anda kering terlebih dahulu sebelum mandi.

Deodaran – Kalau boleh gunakan deodoran yang sesuai supaya tidak berlaku sebarang iritasi kulit selepas penggunaannya. Carilah deodoran jenis anti peluh supaya baju di bawah lengan anda tidak basah yang boleh mencacatkan penampilan.

Wangian – Ramai menggunakan wangian sebagai penyelamat kepada masalah bau badan. Namun, harus diingat penggunaan wangian semasa badan berpeluh boleh menimbulkan bau yang lebih busuk dan tengik. Pastikan anda menyembur minyak wangi selepas mandi kerana pada waktu itu, badan anda dalam keadaan bersih dan segar.

Timun muda – Caranya sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan hanya dengan mengupas sebiji timun muda kemudian gosokkan di bahagian badan yang berpeluh. Lakukan selepas mandi. Sekiranya anda mandi sebanyak 3 kali sehari, lakukannya sebanyak 3 kali juga untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

SUMBER

Tags: 6 tips atasi bau badanbadanbadan berbaubau badanmasalah bau badan
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Allure
Tips - Kesihatan

Muda Lagi Tapi Rambut Dah Ada Uban, Kenapa Agaknya

by IamLisa
August 6, 2021
0

Semua orang akan merasai tua dan salah satu cara nak mengenali seseorang sudah lanjut usia apabila rambut mulai beruban. Uban...

Baca Lagi
Foto - Elle
Tips - Kesihatan

Minum Jus Saderi Setiap Pagi, Badan Kamu Akan Langsing Macam Miranda Kerr

by IamLisa
May 26, 2021
0

Mungkin anda pernah melihat #celeryjuice memenuhi ruang Instagram. Tertanya juga penulis, apakah hype tentang jus saderi ini, sehingga ramai mengamalkannya....

Baca Lagi
Foto - Psychology Today
Tips - Kesihatan

Kurus Ketika Tidur? Ini Cara Yang Betul Kamu Kena Buat

by IamLisa
March 29, 2021
0

Macam mana tidur efektif untuk membakar kalori sekaligus penurunan berat badan? Anda teruskan bersenam dan amalan pemakanan sihat setiap hari,...

Baca Lagi
Foto - Yoga Love To Know
Tips - Kesihatan

Sakit Belakang Boleh Hilang Dengan Yoga Pose Ini

by Opie Azizlan
March 18, 2021
0

Pernah tak kamu alami rasa sakit belakang yang melampau? Rasa sakit sangat tak kiralah sama ada nak bangun berdiri mahupun...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.