Memperkenalkan sejenis produk rawatan menyeluruh iaitu pembersih pengelupasan Kale Enzymatic.
Pencuci muka yang menggabungkan elemen pembersihan, mask serta perapi wajah 3 dalam 1 ini mengandungi bahan organik seperti enzim yang di ambil dari buah delima sebagai molekul pengelupasan dan bagi menggalakkan pertumbuhan sel baru kulit yang lebih lembut, licin serta menjana kompleksi tona wajah sihat.
Manakala bahan lain seperti estrak kangkung organik pula mampu menegangkan kulit, di samping brobiotik pemulihan estrak sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Griffonia untuk memberi perisai pelindungan daripada keterjejasan persekitaran harian.
Anda pasti tidak sabar untuk melihat hasilnya walaupun baru sahaja menggunakannya beberapa kali.
Walaupun ia sejenis pembersih pengelupasan, ia sesuai untuk digunakan dalam rutin pencucian harian. Ia tidak akan menjejaskan kesihatan sel kulit anda kerana ia memang telah diramu khas untuk pengguanaan harian.
Selain itu, ia akan bantu menyumbangkan elemen oksigen bagi merapikan penampilan kulit muka agar lebih lembut, licin serta gebu sepanjang masa!
Jika anda berminat, anda boleh mendapatkan produk V Philosophy ini di Robinsons, The Gardens, Mid Valley City. Gerai V Philosphy terletak di Ground Floor. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vphilosophy.com.my.
Harga yang ditawarkan untuk perawatan penyeluruh pembersih pengelupasan Kale Enzymatic ini adalah pada RM119 seunit, tidak termasuk GST.