Hotels.com kini begitu komited untuk mempertingkatkan servis serta enjin pencariannya dalam mencapai target menjadi destinasi atas talian yang menawarkan tempahan hotel kerana ia sungguh memberangsangkan apabila melihat kemajuannya pada tahun 2015 lalu, termasuk di sekitar daerah Asia Pasifik.
Aplikasi Hotels.com untuk iPhone 6s dan iPhone 6s Plus telah melancarkan satu ciri baru yang menggunakan teknologi 3D Touch yang inovatif untuk mempercepatkan pengalaman tempahan.
Ia kini menawarkan akses kepada ciri-ciri tampahan yang paling popular seperti Deals Near You, Saved Hotels, Find Your Bookings dan Hotels.com™ Rewards – dengan hanya satu klik pada skrin utama. Sangat Mudah!
“Satu pertiga daripada tempahan kami datang dalam melalui peranti mudah alih dan kami teruja dengan teknologi Apple 3D Touch. Kami akan terus menggunakan teknologi canggih ini untuk membuat pengalaman tempahan yang lebih menarik.” – Dan Craig, Senior Director, Mobile at Hotels.com.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hotels.com atau muat turun aplikasi Hotels.com di telefon pintar anda sekarang!