Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Serlahkan Bakat Memasak Anda Dengan Perkakas Dapur Chefology!

by Afiqah Syamin
January 22, 2016
Chef Zam turut serta bersama untuk mendemonstrasi resepi masakan Ketam  Pedas Kam Heong menggunakan periuk dan kuali seramik marmar dari Chefology. Foto -Arkib Wanista

Chef Zam turut serta bersama untuk mendemonstrasi resepi masakan Ketam Pedas Kam Heong menggunakan periuk dan kuali seramik marmar dari Chefology. Foto -Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jika anda gemar memasak, pasti anda tahu bagaimana pentingnya pengurusan masa supaya masakan anda itu benar-benar menjadi.

Mengikut resepi bulat-bulat sahaja tidak cukup untuk menghasilkan masakan yang enak kerana sedikit sebanyak, perkakas dapur juga bisa memberi kesan kepada hasil masakan. Oleh itu, iainya amat penting untuk anda menggunakan perkakas memasak yang sempurna dan berkualiti tinggi bagi mendapatkan hasil masakan yang hebat!

Rangkaian perkakas memasak seramik marmar Chefology baharu. Foto -Arkib Wanista
Rangkaian perkakas memasak seramik marmar Chefology baharu. Foto -Arkib Wanista

Baru-baru ini, syarikat pengedar perkakas memasak Oasis Swiss dengan kerjasama gedung atas talian 11street menampilkan alat memasak baru yang mengetengahkan perincian seramik mamar tahan calar, mudah dibersihkan serta tidak melekat. Penggunaan rangkaian periuk dan kuali baharu dari jenama Chefology ini pasti menjadikan pengalaman penyediaan makanan anda lebih seronok!

Bukan itu sahaja, malah salutan seramik marmar yang digabungkan dengan campuran besi itu bisa melindung alatan memasak kesayangan anda daripada berubah warna dan sentiasa kelihatan baru.

Jaden Teoh, Pengarah Oasis Swiss menerangkan ciri-ciri produk terbaru dari Chefology itu. Foto -Arkib Wanista
Jaden Teoh, Pengarah Oasis Swiss menerangkan ciri-ciri produk terbaru dari Chefology berkenaan. Foto -Arkib Wanista

Apabila berbicara tentang masakan, haba adalah elemen yang paling penting dalam satu-satu teknik masakan. Dengan adanya tapak aluminium yang melengkapi inovasi ini, anda sudah tidak perlu risau jikalau sebaran haba tidak rata keatas masakan anda.

11 street begitu komited untuk menyediakan keperluan asas yang terbaik buat para pengguna, terutamanya seperti kelengkapan rumah. Menurut Bruce Lim, Presiden Dagangan 11street ini menjelaskan bahawa dalam tempoh enam bulan lalu, terdapat peningkatan sebanyak 75% dalam jualan peralatan dapur yang ditawarkan oleh mereka. Ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia sebenarnya berminat membeli peralatan dapur secara atas talian kerana ianya lebih memudahkan. Selain bisa membandingkan harga, anda juga dapat melihat dengan lebih jelas gambaran produk sebenar berserta penerangan lengkap mengenainya.

Bruce Lim dan Jaden Teoh ikut serta memasak bersama Chef Zam yang mencuit hati penonton. Foto -Arkib Wanista
Bruce Lim (tengah) dan Jaden Teoh (kanan) ikut serta memasak bersama Chef Zam yang mencuit hati. Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan umum, pihak 11street amat berbesar hati untuk menerima kehadiran Chefology dalam keluarga niaganya. Justeru, untuk turut berkongsi kegembiraan bersama anda semua, 11 street kini menjalankan satu promosi eksklusif bermula 8 Januari sehingga 7 Februari ini di mana, tawaran diskaun sebanyak 30% akan diberikan ke atas setiap pembelian produk Chefology.

Selain itu, para pembeli di 11street juga layak untuk membeli kuali leper menggoreng 24cm Chefology dengan hanya RM11 apabila membeli-belah mana-mana unit rangkaian dari Chefology dalam tempoh promosi terhad ini.

Para media bergambar selepas selesai menyertai pertandingan memasak anjuran Chefology dan 11street. Foto -Arkib Wanista
Para media bergambar selepas selesai menyertai pertandingan memasak anjuran Chefology dan 11street. Foto -Arkib Wanista

Anda juga boleh mendapatkan ketujuh-tujuh produk alatan memasak seramik marmar Chefology ini di gedung fizikal AEON, AEON BIG, Aino Living, Isetan, Parkson dan Robinsons.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.11street.my. Cari apa yang anda suka di 11street!

 

Tags: 11streetAlatan MemasakAluminiumChefologyInovasikualiKuali Tidak Melekatmakananmasakanperiukperkakas memasakSeramik Marmarteknologi
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.