Baru-baru ini, OPPO Malaysia melantik pelakon popular, Nora Danish sebagai duta terbaru untuk telefon pintar OPPO F1.
OPPO F1 direka khas untuk kaki selfie dan mereka yang inginkan kualiti selfie paling canggih dari sesebuah telefon pintar.
Menurut Pengurus Jenama Oppo Electronics, Chen Lu, pelantikan Nora bersesuaian dengan personaliti pelakon terbabit yang gemar berselfie dan memiliki ramai pengikut di laman sosial.
Melahirkan rasa teruja dilantik sebagai duta OPPO F1, Nora Danish berkata yang mengambil selfie bukan sahaja salah satu cara untuk ekspresi diri namun ianya juga salah satu cara untuk meraikan kehidupan dan menjadi inspirasi untuk orang lain.
“Saya rasa bangga apabila dilantik menjadi jurucakap OPPO F1 yang saya kira sebagai peranti selfie yang canggih. Ianya memang senjata rahsia saya dalam selfie setiap hari,” ujar Nora Danish.
Berbalik pada OPPO F1, apa kelebihan yang ditawarkan oleh telefon pintar ini?
OPPO F1 hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel yang membawakan apperture f/2.0 selain turut dilengkapi sokongan perisian Beautify 3.0 yang akan mencantikkan lagi selfie anda.
Peranti pintar OPPO F1 juga membolehkan anda mengambil selfie dengan hanya menggunakan gerakan tangan atau arahan suara. OPPO F1 juga hadir dengan badan besi, memori 3GB RAM & juga bateri berkapasiti 2500mAh.
OPPO F1 akan memulakan jualan pada 22 Januari 2016 dan untuk 200 unit pertama yang dibeli melalui Oppo Online Store, anda akan menerima OPPO Exclusive Selfie Stick. OPPO F1 akan mula dijual dengan harga RM1198.00 sahaja.
Untuk info lanjut, anda boleh ke www.oppo.com/my.