Mungkin ada di antara kita yang keliru dengan tema warna dan tema perkahwinan.
Tema perkahwinan adalah tema bagi sesebuah majlis, contohnya tema inggeris, tema dalam taman, tema klasik. Manakala tema warna adalah tema yang fokus utamanya adalah pada warna sesebuah majlis.
Kini, pemilihan dua warna adalah antara warna yang popular dan mendapat sambutan bakal pengantin. Antara warna yang menjadi pilihan adalah baby pink dan baby blue campuran dua warna lembut untuk memikat hati tetamu yang hadir, warna lain adalah silver dan merah untuk tampak lebih classy.
Padanan tema warna yang sesuai akan membuatkan tetamu sendiri tertarik dengan majlis tersebut. Lagi manis dan mendapat perhatian tetamu apabila warna tersebut diaplikasikan dalam busana pengantin.
Pilih tema warna dan tema perkahwinan yang sesuai supaya majlis anda tampak ceria, comel dan paling penting sesuatu yang anda sendiri tidak akan menyesal lakukan di kemudian hari.
Apa agaknya warna pilihan untuk tahun 2016? Palet warna neutral pada 2016 yang boleh diambil kira seperti winery green dan neutral metallic. Jika anda inginkan perkahwinan vintaj, marsala dan gold pilihan terbaik. Juga, kombinasi warna navy blue dan blush soft boleh digunakan untuk majlis perkahwinan elegan ataupun desa. Antara warna yang dijelaskan, ada yang menjadi pilihan anda?
Grey & Cream
Green & Ivory
Glitter Neutral
Lavender & Green
Marsala & Gold
Plum & Grey
Gold & Pink
Navy Blue & Blush