Tawaran hebat untuk anda yang kepingin mengembara, bercuti ke luar negara sempena musim perayaan ini! Sebuah pembekal perkhidmatan baru iaitu TRAVEL RECOMMENDS menawarkan sewaan Wi-Fi mudah alih kegunaan luar negara serta kad sim pra-bayar untuk para pengguna yang sentiasa mementingkan kemudahan fasiliti bebas masalah.
Anda hanya perlu mengambilnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA atau boleh juga memohon servis penghantaran terus kepada anda sebelum anda berlepas untuk percutian yang menggembirakan.
Nikmatilah kadar terbaik tatkala anda langsung mendapatkan segala macam informasi penting di hujung jari!
Dengan adanya perkhidmatan servis perhubungan mudah seperti yang ditawarkan TRAVEL RECOMMENDS ini, anda bisa mengelak daripada perlu membayar bil panggilan dari perantauan (roaming).
Internet dan anda bagaikan sahabat rapat yang tidak boleh berpisah. Ke mana sahaja anda pergi, liputan internet tetap diperlukan untuk menjadi peneman setia.
Mungkin, dengan adanya kemudahan Wi-Fi mudah alih ketika anda melancong akan bisa membantu anda mencari tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sewaktu disana. Selain mencari tempat penginapan yang sempurna, anda juga pasti mahu bersantap di restoran yang menawarkan menu hebat ala hidangan hotel 5 bintang!
Nah, usah risau. Router Wi-Fi mudah alih oleh TRAVEL RECOMMENDS ini berupa peranti bersaiz kecil yang bisa dimuatkan dalam poket. Selain itu, anda juga mampu menyambungkan beberapa peranti lain sekaligus kepada sambungan Router Wi-Fi berkenaan. Sungguh efisyen tatkala berada di negeri orang.
Apa yang lebih menarik, kadar harian yang diperuntukkan untuk servis kemudahan ini adalah unlimited. Oleh itu, anda bisa menggunakannya tanpa memerlukan sebarang had pengawalan.
Berkenaan soal panggilan pula, sudah tentu kadang-kala kita tidak dapat mengelak daripada pelbagai kecemasan yang mungkin berlaku mahupun situasi musthak sehingga memerlukan kita untuk menghubungi pihak yang berada di tanah air dengan kadar segera. Jadi, untuk memudahkan anda, apa kata anda gunakan kad sim pra-bayar khas untuk kegunaan luar negara oleh TRAVEL RECCOMENDS.
Sementara itu, sebagai tips melancong tambahan, TRAVEL RECOMMENDS juga mengingatkan anda agar membalut bagasi sebagai langkah keselamatan. Anda tidak tahu apa yang akan terjadi nanti. Sebelum anda terjebak dengan masalah yang remeh seperti kecurian yang tidak diduga ataupun zip bagasi tiba-tiba rosak, lebih baik anda menyediakan payung sebelum hujan.
Okay! Selepas itu, jangan lupa untuk lakukan pertukaran wang seawal yang mungkin. Wang sememangnya keperluan yang paling penting ketika ingin melancong. Tetapi, seandainya anda terlupa atau terpaksa membuat pertukaran wang disaat akhir sebelum penerbangan, solusi yang terbaik adalah pergi mencari agen forex disekitar lapangan terbang untuk membuat pertukaran. Sekurang-kurangnya anda telah menyediakan bahagian wang (mata wang negara yang anda tuju) yang mungkin anda perlukan sejurus tiba di destinasi.
Untuk servis perkhidmatan dari TRAVEL RECOMMENDS ini, anda boleh membuat pembayaran mudah secara online dan terus membuat pilihan sama ada anda mahu mengambil peranti router Wi-Fi berkenaan di kaunter KLIA atau dihantar terus kepada anda.
Dalam masa yang sama, anda juga berpeluang mendapatkan servis pembungkusan bagasi secara percuma apabila anda menyewa servis Wi-Fi luar negara mudah alih oleh TRAVEL RECOMMENDS ini! Promosi sah sehingga Februari 2016.
Anda akan mendapat potongan harga 50% untuk kadar sewaan Wi-Fi dari Taiwan dan beberapa buah negara lain yang terpilih. Anda hanya perlu membayar RM15 sehari berbanding kadar harga normal RM30!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.travelrecommends.com atau terus kunjungi kaunter di tingkat pelepasan (Tingkat 5) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.