Anda gemar mengenakan solekan ala selebriti pop Korea? Kebanyakkan selebriti KPOP menjadikan eyeliner sebagai sisi utama sesuatu solekan. Apa yang anda perlu tahu, mereka menggunakan eyeliner sebagai satu helah bagi menyembunyi bentuk mata mereka yang kecil dan bagi memberi ilusi kepada kelopak mata mereka yang tidak berlapis.
Tetapi, melukis celak pada mata bukanlah perkara mudah bagi seorang amatur yang baru sahaja berjink-jinak dengan teknik solekan.
Terima kasih kepada Laneige kerana menyediakan alatan aplikasi solekan yang mudah bagi para wanita. Kini, inovasi pen penggaris mata baru Edge Drawing Eyeliner tampil diperkenalkan!
Pen celak untuk melukis eyeliner ini direka khas bagi memenuhi keperluan para gadis dan wanita yang mengimpikan solekan eyeliner rapi mirip selebriti KPOP. Sesuai untuk kegunaan solekan ringkas harian mahupun dramatik, ia terdapat dalam dua pilihan mata pen iaitu mata pen jenis leper-runcing dan mata pen jenis normal.
Keluaran cecair atau pensil penggaris mata jenama lain tidak menepati keperluan wanita Asia. Orang Asia dikatakan memiliki bentuk mata yang lebih kecil dan selalunya tidak mempunyai kelopak mata berlapis.Oleh kerana itu, ianya agak sukar untuk mendapatkan solekan eyeliner yang sempurna.
Edge Drawing Eyeliner oleh Laneige memudahkan para amatur untuk melukis garisan eyeliner hanya dalam 3 saat! Ringkas dan mudah, langsung tidak mencomotkan serta bisa memberi pengalaman aplikasi yang lebih licin dan stabil kepada si pengguna.
Edge Drawing Eyeliner ini terdapat dalam dua warna utama yang mudah disuai padan iaitu hitam dan coklat. Mata pen leper-runcing itu akan memberikan anda hasil lukisan eyeliner kemas serta ekor garisan yang tajam kerana secara mudahnya, anda boleh mengawal ketebalan garisan yang dikehendaki.
Selain itu, material yang digunakan untuk membaluti mata pen berkenaan adalah sejenis lapisan nylon yang tidak menjejaskan kawasan sensitif sekeliling mata.
Buat individu yang memiliki kelopak mata berlapis pula, gunakan pen mata tajam dari Edge Drawing Eyeliner Laniege ini untuk mendapatkan solekan eyeliner idaman anda yang berasaskan garisan nipis serta menjanjikan pengawalan stabil terhadap pergerakkan pen celak berkenaan!
Laniege Edge Drawing Eyeliner boleh didapati di semua butik mahupun kiosk Laneige seluruh negara bermula Januari 2016. Harga pasaran yang ditawarkan adalah pada RM70 seunit.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.laneige.com atau lawat Facebook Laneige di www.facebook.com/laneigemalaysia.