Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

BARU! Serlah Kelembutan Kulit Dengan Koleksi Penjagaan Badan Victoria’s Secret

by Afiqah Syamin
January 13, 2016
Foto -ksabeautyhaul.blogspot.my

Foto -ksabeautyhaul.blogspot.my

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wanita amat menitik-beratkan penjagaan kulit. Namun, dengan segala macam pencemaran yang menjejaskan kondisi kulit saban hari pasti membuatkan anda susah hati dan hampir berputus asa untuk mencari jalan pemulihan terbaik.

Nah, usah bimbang kerana baru-baru ini, jenama paling seksi yang sering menampilkan para Angel’s yang anggun lagi menawan baru sahaja melancarkan koleksi rangkaian penjagaan kulit badan lengkap terdiri daripada krim badan, losyen, skrub, serta minyak pelembap.

Langkah pertama kearah mendapatkan kulit mulus, gunalah Madian Skrub. Foto -Arkib Wanista
Langkah 1: SMOOTHING SCRUB WASH/237ml (RM99) Kearah mendapatkan kulit mulus, gunalah madian skrub yang mengandungi beri Acai sebagai elemen pengelupasan sel mati dan kotoran kulit, sekaligus bertindak menaikkan seri badan. Foto -Arkib Wanista

Dengan kewujudan produk yang lain daripada keluaran jenamanya sebelum ini seperti pakaian dalam, wangian dan alat solek, Victoria’s Secret cuba menawarkan solusi terbaik dengan menyediakan kombo hebat untuk memulih kerosakkan, di samping mengekalkan kesihatan kulit agar berseri setiap masa.

Foto -Arkib Wanista
Langkah 2: ULTRARICH CREAM WASH/237ml (RM99) sebagai pembersih yang menggalak pertumbuhan sel kulit baru, mengandungi susu beras dan minyak kelapa yang baik untuk kelembapan kulit maksima. Foto -Arkib Wanista

Elemen bau-bauan menyegarkan dari bahan semula jadi seperti Beri Acai, Bunga Verbena, Shea dan Susu Kelapa pula bakal memberi ketenangkan seolah aromaterapi kepada sesiapa yang menggunakannya.

Rangkaian untuk badan oleh Victoria’s Secret ini telah terbukti secara klinikal untuk menghidrasi kulit -kunci kepada kulit yang licin, lembut dan gebu.

Foto -Arkib Wanista
Langkah 3: HYDRATING BODY LOTION/355ml (RM99) melicin dan melembutkan kulit dengan kadar segera. Foto -Arkib Wanista

Rangkaian produk ini mendapat inspirasi dari kain kapas. Lembapan kapas kompleks yang eksklusif telah diformulasi dengan proprietari yang digabungkan untuk mendapatkan hasil terbaik termasuklah estrak kapas, teh putih, khasiat vitamin A, C dan E untuk kelembapan sempurna, selain teknik formulasinya dijana menggunakan “Smart Technology” untuk membekalkan kandungan hidrasi mencukupi kepada para gadis dan wanita yang membutuhkannya.

Foto -Arkib Wanista
Langkah 4: WEIGHTLESS BODY OIL/355ml (RM99) mengekalkan hidrasi kelembapan untuk kulit selama 24 jam. Foto -Arkib Wanista

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari victoriassecret.my.

Tags: KecantikkankesihatanProduk Penjagaan Kulit Badanvictoria's secretVictoria's Secret BODY
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Showbiz.net
Kecantikan

Kena Jaga Bentuk ‘Apple Cheek’ Baru Nampak Muda!

by Iza B
May 21, 2022
0

Mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi ‘high cheekbones’ sering dianggap selaras dengan standard kecantikan dunia. Senang kata mereka diraih...

Baca Lagi
Foto - Editorialist
Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by IamLisa
May 20, 2022
0

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain? Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang...

Baca Lagi
Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.