Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Teknik Spa: “Dry Body Brushing” Hapus Selulit, Menyah Toksin, Galak Peredaran Darah & Cantikkan Kulit!

by Afiqah Syamin
January 13, 2016
Foto -amazon.com

Foto -amazon.com

734
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pergi sahaja ke mana-mana butik spa dan lihatlah pada menu servis yang ditawarkan, pasti ada terdapat pilihan yang menawarkan teknik “Dry Brushing”.

Dry body brushing atau teknik memberus kering ini adalah salah sejenis teknik yang popular untuk membersihkan badan/kulit (exfoliating) di samping melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

Apa yang anda perlu cumalah berus badan berbulu kukuh yang boleh dibeli dari mana-mana farmasi seperti Watsons, Guardian atau butik penjagaan kulit dan badan berdekatan.

Kebiasaannya berus yang digunakan untuk teknik dry body brushing ini adalah berlainan daripada loofah atau span mandi yang selalu kita pakai untuk membersih kulit dari daki dan habuk yang melekat pada badan saban hari.

Batang dan permukaan pemegang berus yang diperbuat daripada kayu tahan air sering menjadi pilihan buat wanita yang melakukan dry body brushing agar ianya tidak mudah rosak dan tahan lebih lama.

Foto -theaverageextraordinarywoman.com
Foto -theaverageextraordinarywoman.com

Kedengaran agak kasar untuk membelai kulit dengan cara memberus ini bukan? Anda tidak perlulah risau. Teknik ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh kebanyakkan para selebriti Hollywood seperti Miranda Kerr. Beliau sendiri mengakui bahawa teknik dry body brushing ini langsung tidak menyakitkan kulit seperti mana yang anda gambarkan.

Untuk pengetahuan anda lagi, memberus kering secara lembut ke atas permukaan kulit tanpa menggunakan air atau cecair akan mengelupaskan sel kulit mati dan kering secara lembut sekaligus memperbaiki penampilan serta membenarkan kulit untuk kekal hidrat apabila pelembap digunakan selepas itu kerana kulit telah bersih dan lebih senang untuk menyerap bahan lembapan dan produk.

Foto -swiish.com
Foto -swiish.com

Selain melicinkan permukaan kulit, teknik ini bisa menyah toksin dari badan kerana ianya serupa dengan gerakkan urutan. Tekanan ringan terhadap kulit dan pergerakkan arah memberus itu sebenarnya akan bantu mengalihkan cecair toksin yang terkumpul diantara tisu kulit ke saluran kelenjar dengan lebih efisyen, iaitu tempat dimana kesemua bahan buangan itu kemudiannya bakal dihapuskan.

“Sebenarnya badan anda yang akan melakukan proses pengasingan tokisn ini secara semula jadi, tetapi dengan melakukan teknik dry brushing, sudah tentu ianya akan membantu mempercepatkan proses penyah toksin dan dalam masa yang sama memberi rangsangan terhadap peredaran dan penghantaran oksigen dalam darah kepada kulit serta organ lain,” jelas seorang Pengarah Spa di Lake Austin Spa Resort.

Selulit. Foto -Google
Selulit. Foto -Google

Yang lebih menarik, ada juga pakar yang berpendapat teknik dry body brushing ini boleh mengurang dan menghilangkan selulit terutamanya pada bahagian peha dan pinggul. Selulit atau permukaan yang menyerupai kumpulan lesung pipit itu terjadi disebabkan kombinasi lemak dan tisu penghubung di bawah kulit. Ia membuatkan penampilan peribadi anda kelihatan comot dan tidak menawan.

IKLAN

Alatan:

Foto -Google
Foto -Google
  1. Anda memerlukan berus badan yang mempunyai rumpun bulu yang kukuh serta tidak terlalu lembut, jika tidak, agak sukar untuk anda melakukan teknik ini. *Anda lakukan ini untuk mengelupaskan sel kulit mati, jadi gunakan berus yang agak kasar sedikit agar kotoran kulit mudah tanggal.
  2. Cari berus yang mempunyai tangkai pemegang panjang agar senang untuk mencapai bahagian-bahagian sulit seperti di belakang badan yang sukar dicapai tangan.
  3. Bulu berus haruslah bersumberkan dari bahan semula jadi agar lebih mesra dengan kulit.

Cara-Cara Melakukan Dry Body Brushing:

Lakukan teknik memberus kering ini pada waktu pagi sebelum mandi kerana ia akan memberi rangsangan positif untuk anda kekal aktif sepanjang hari! Tetapi anda juga bisa melakukannya pada bila-bila masa sebelum mandi. Pastikan permukaan badan anda benar-benar kering.

Gunakan teknik memberus secara menarik. Mulakan memberus dari bahagian hujung kaki dan perlahan-lahan menarik berus sehingga kesemua permukaan kulit kaki termasuk betis, belakang pelipat kaki dan pergelangan kaki. *Jangan berus secara turun dan naik kerana itu tidak akan berkesan.

Setelah itu, beralih pula ke bahagian peha, pinggul, perut, belakang badan, dada, lengan serta bahu. Berus secara menarik/menaik dan tolak darah kebahagian jantung anda. Manakala dari bahagian leher pula, berus secara menurun dan tolak darah ke bahagian jantung.

Apabila selesai memberus, anda boleh melakukan rutin mandian anda seperti biasa. Hasilnya, kulit anda akan menjadi lebih bersih, lembut, licin, seterusnya melancarkan proses pergerakkan organ dalam badan!

Selamat mencuba!

Rujuk Pautan Video Cara-Cara Melakukan Dry Body Brushing!

SUMBER

Tags: Berus BadanCara Teknik Dry BrushingDry Body BrushingKecantikkankesihatankulitLancarkan Peredaran DarahManfaat Dry BrushingselulitTeknik SpatipsToksin
Share294SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Byrdie
Kecantikan

3 Mitos Cara Cuci Wajah Yang Salah, Mari Kita Betulkan Sebelum Kulit Rosak!

March 26, 2023
Foto - Fashionista
Kecantikan

Vanessa Hudgens Rebrand Know Beauty, Tapi Fans Dah Naik Jemu?

March 25, 2023
Foto - NY Post
Kecantikan

Tiada Lagi Trend Badan Curvy, Ramai Pula Idam Badan Langsing Seperti Kate Moss

March 12, 2023
Foto - E! Online
Kecantikan

Serum Vitamin C Bawah RM50, Janji Kulit Cerah Tanpa Dompet Koyak!

March 11, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Teknik Spa: “Dry Body Brushing” Hapus Selulit, Menyah Toksin, Galak Peredaran Darah & Cantikkan Kulit!

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.