Jennifer Lopez adalah salah satu penyanyi dan pelakon Hollywood yang berjaya bertahan dalam waktu yang cukup lama di dunia hiburan. Walaupun sudah berusia 46 tahun namun JLo tetap cantik dan seksi serta tak banyak mengalami perubahan.
Melalui sebuah wawancara dengan UsWeekly, penyanyi ini berkongsi rahsia miliki tubuh seksi yang menjadi idaman wanita, sama ada tua atau muda.
Rahsia JLo tetap awet muda dan seksi adalah disebabkan gaya hidup sihat yang dijalaninya. JLo tidak mengambil alkohol dan kopi, malah tidak merokok. Menurutnya ketiga hal tersebut boleh membuatkan kulit cepat tua, kusam, tidak bermaya dan disebabkan itu JLo elakkan.
Untuk pola pemakanan pula, JLo sangat menggilai sayuran hijau. “Kami makan banyak sayur-sayuran hijau seperti asparagus, brokoli, brussel sprouts (kubis mini), dan juga daun kale,” jelasnya.
Tak cuma itu saja, tidur yang cukup juga rahsianya untuk hidup sihat. Jennifer Lopez selalu tidur cukup selama 10 jam sehari. Selain itu, ia juga mempunyai dua orang pelatih fitness untuk menemaninya melakukan pelbagai aktiviti workout yang membuat tubuhnya semakin seksi.