Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Kafa Hanya Terima RM4 juta Daripada Vida Beauty

by IamLisa
January 12, 2016
Foto - themalaymailonline.wordpress.com

Foto - themalaymailonline.wordpress.com

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menjelaskan mereka hanya menerima tajaan RM4 juta semusim bagi kos pengurusan daripada Vida Beauty Sdn Bhd, bukannya RM8 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata baki RM4 juta lagi akan digunakan Vida Beauty untuk piala dan plak kejuaraan (RM2 juta), baik pulih stadium (RM1 juta) dan kafeteria serta barang dagangan sebanyak RM1 juta.

“Kalau dengan itu (RM4 juta untuk kos pengurusan) kita jadi tak cukup juga lah, dan ada beberapa syarat lain yang kita terpaksa rundingkan seperti jumlah tiket dan hak dagangan yang terpaksa diserahkan.    

“Saya sebut perkara ini secara sepintas lalu sebab ‘trending’ dalam laporan berita akan beri masalah kepada Kafa dan akan menimbulkan fitnah,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi memastikan skuad Pamoga Qu Puteh TRW berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini.

Beliau dipetik sebagai berkata sebanyak RM16 juta untuk tajaan pasukan Kelantan, RM3 juta bagi kempen promosi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta RM1 juta menganjurkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Mengulas lanjut, Annuar berkata Kafa memerlukan kira-kira RM16 juta untuk kos pengurusan bagi musim ini jika Kelantan bercita-cita mendapatkan khidmat pemain import serta tempatan yang berkualiti.

“Kita perlu labur kira-kira RM1.2 juta untuk seorang pemain import yang berkualiti. Jika ada empat pemain import maknanya kos berkenaan boleh mencecah hampir RM5 juta. 

“Gaji 25 pemain tempatan pula, jika seorang pemain terima gaji purata RM30,000 sebulan, maknanya kos berkenaan mencecah RM7.5 juta. Kos untuk gaji sahaja lebih RM12 juta. Itu tak termasuk kos pengurusan pasukan The President Warrior, pasukan belia, gaji pihak pengurusan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain lagi,” jelasnya.

SUMBER

Tags: kafatrwVida Beauty
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.