Pelakon dan penyanyi Korea, Siwon Choi bersama-sama dengan supermodel antarabangsa, Liu Wen dipilih sebagai wajah baharu untuk kempen H&M Tahun Baru Cina tahun 2016.
Pernah bekerjasama dalam rancangan realiti popular ‘Let’s Fall in Love’, pasangan ini akan dipaparkan pada kempen outdoor, print dan online, meraikan cinta untuk koleksi H&M Tahun Baru Cina.
Januari ini, H&M bawakan koleksi dengan sentuhan kontemporari dan oriental yang segar da meriah bersesuaian dengan tahun monyet. Koleksi dengan lebih 30 helaian ini yang menekankan rona merah sebagai tema menampilkan kimono jacket, flared dress dan tasselled skirt, bukan sahaja untuk wanita dan lelaki tetapi meliputi koleksi kanak-kanak buat kali pertama.
Bagi meraikan koleksi istimewa ini, peminat H&M akan dapat menikmati Tawaran Tahun Baru Cina dari RM19.90 ke RM49.90 di semua gedung H&M di Malaysia mulai 21 Januari 2016. Di samping itu, dengan sebarang pembelian dari 30 Januari – 6 Februari, pembeli akan menerima baucar CNY khas dan dapat menikmati RM18 keseluruhan pembelian 15-20 Februari sementara stok masih ada. Mengikut terma dan syarat.
H&M Tahun Baru Cina 2016 boleh didapati secara eksklusif di 9 pasaran di Asia – China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina bermula 21 Januari 2016.