Rakyat Malaysia secara umunya begitu prihatin berkenaan perbelanjaan dan sistem kewangan peribadi mereka. Sejak kecil, di sekolah-sekolah, kita telah pun didedahkan dengan pelbagai cara pengurusan kewangan, dari menabung, membeli di koperasi sekolah mahupun pembayaran wang kutipan tabung kelas setiap bulan. Nah, siapa disini yang pernah menjadi bendahari di kelas sewaktu zaman persekolahan dulu?
Ternyata pengurusan wang adalah perihal mustahak yang harus difahami oleh setiap manusia, jika tidak, bagaimana bisa seseorang berjimat-cermat dan berkemungkinan wang gaji anda itu tidak akan cukup untuk menampung segala perbelanjaan harian sehingga hujung bulan.
Kos sara hidup di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur adalah sangat tinggi berbanding di daerah-daerah lain seperti Perak atau Melaka. Oleh itu, gedung atas talian yang sedang meningkat naik, 11street ada berkongsi 5 panduan bagaimana anda boleh menjadi pembeli yang bijak.
Seperti yang kita tahu, ramai diantara pengguna yang seboleh-bolehnya mahu mendapatkan penjimatan eksklusif tatkala membeli-belah berikutan pelaksanaan GST serta faktor-faktor ekonomi lain yang secara tidak langsung telah melemahkan nilai mata wang Malaysia. Dan kerana itu juga, aktiviti membeli-belah secara atas talian telah semakin mekar dan agak terkenal di negara ini.
Menurut sebuah kajian, ramai pembeli yang bersetuju bahawa mereka akan terdorong untuk membeli barangan yang menawarkan promosi terbaik seperti potongn harga sehingga 70% sebagai contoh.
Ya, hanya gedung atas talian sahaja yang selalu membuat promosi hebat sebegitu. Malah, ada juga segelintir pengguna yang gemar mencari produk-produk antarabangsa yang sukar didapatkan di negara tempatan secara atas talian.
Apa yang paling munasabah, membeli secara atas talian adalah lebih efisyen kerana semua maklumat lengkap berkenaan produk telah pun tersenarai dan disediakan secara teratur. Ianya lebih mudah untuk memberi seleksi pilihan kepada para pengguna untuk membuat keputusan.
Jom kita belajar bagaimana untuk menjadi pembeli yang bijak!
Nikmati Diskaun Melalui Kupon & Program Ganjaran
Terdapat pelbagai jenis potongan harga hebat yang ditawarkan oleh kebanyakkan gedung atas talian. Malah, pelanggan yang dikasihi juga boleh memuat turun kupon atau kredit percuma yang boleh ditebus.
Di 11street anda boleh dapatkan pelbagai tawaran hebat yang disenaraikan mengikut kategori. Terdapat juga program ganjaran pelanggan yang menawarkan manfaat buat para pembeli sekalian. Kini, mereka boleh membeli-belah dengan lebih banyak disamping meraih diskaun yang lebih hebat!
Dapatkan Diskaun & Tawaran Menggunakan Telefon Pintar Atau Promosi Bank
Sebagai tambahan, ramai yang tidak sedar sebenarnya apabila mereka membeli secara atas talian, mereka akan mendapat bermacam jenis bonus dan promosi istimewa. Sebagai contoh, dengan aplikasi telefon pintar 11street, pembeli sentiasa terkejut dengan tawaran eksklusif yang pelbagai.
Pengguna juga boleh mendapat diskaun melampau di 11street dengan mengambil kesempatan daripada tawaran dari bank CIMB, RHB bank dan juga Maybank. Jangan lepaskan peluang ini!
Akses Mudah Untuk Jenama Antarabangsa Yang Tidak Ada Di Kedai Tempatan
Realitinya, tidak semua barangan atau produk luar negara ada dijual di kedai atau butik-butik tempatan. Tetapi dengan adanya 11street, keperluan dan kehendak pengguna selalu didahulukan. Jika boleh pun anda membeli produk dari luar negara, sudah tentu harga penghantaran kurier lebih mahal dari harga barang berkenaan. Jadi buat apa anda pening kepala, di 11street beribu produk luar negara yang anda boleh dapatkan dengan mudah.
Bukan itu sahaja, 11street berasa terpanggil untuk menyediakan khidmat inventori yang teratur untuk kemudahan dan keselamatan pembeli.
Membeli Dari Pasaran Atas Talian Yang Dipercayai
Ha, nak membeli tu, ketahui lah dulu asal-usulnya. Jangan main beli sahaja. Anda sudah pun membuat pembayaran tetapi alangkah malangnya kerana barang itu masih belum kunjung tiba. Oleh itu, kaji selidik dahulu berkenaan syarikat yang menawarkan barang jualan berkenaan sebelum membuat tempahan.
Di 11street, mereka menggunakan sistem ESCROW dimana, transaksi duit anda disekat ke akaun pengawalan dan hanya akan dilepaskan kepada penjual atau syarikat jualan berkenaan selepas pelanggan menerima barang tempahan mereka dalam kondisi yang baik. 11street juga menjalankan pemantauan dalaman demi memastikan segala produk dan barangan jualan selamat malahan, berada dalam keadaan baik serta berkualiti untuk kepuasan pelanggan.
Baca Ulasan Daripada Para Pembeli Terdahulu
Sebagai pembeli yang bijak, anda harus tahu berkira-kira. Jika anda berasa ragu-ragu untuk membeli sesuatu barangan, anda boleh melihat serta memeriksa komen atau ulasan pelanggan yang terdahulu. Dari situ anda boleh mula membuat keputusan sama ada mahu menerukan pembelian atau pun mencari alternatif lain.
11street sememangnya mengalu-alukan para pelanggannya membuat ulasan berkenaan servis dan produk selepas mereka menerima bungkusan berkenaan. Disamping itu, 11street mahu mmeberi gambaran jelas buat syarikat-syarikat jualan yang berada dibawah naungannya untuk sentiasa peka dan menyediakan hanya servis yang terbaik demi menjaga reputasi laman 11street.
11street menitipkan ucapan Selamat Tahun Baru buat anda dan jangan lupa untuk mengikut semua panduan itu tadi sebelum membeli okay? Sempena tahun 2016 yang masih muda ini, 11street berbesar hati untuk menawarkan anda dengan promosi serta kupon diskaun sehingga 90% bermula 20 Disember lalu sehingga 17 Januari ini. Ada banyak ganjaran yang menanti anda! Membelilah di 11street!