Bersempena tahun baru yang lebih membahagiakan ini, apa azam tahun baru anda? Seperti kebanyakkan orang, kita semua mempunyai tujuan dan moto hidup sendiri bukan?
Ya, sudah tentu banyak perkara yang anda mahu lakukan, termasuklah ingin mencapai dan menyempurnakan segala matlamat yang anda rancang dengan baik bersulamkan semangat motivasi yang positif.
Oleh itu, jenama fesyen agung Carolina Herrera amat memahami dan sentiasa ingin mahu jadi pendorong nombor satu diri anda dalam mengecapi impian tanpa batasan. Ayuh sambut lembaran hidup baru pada tahun 2016 ini sambil memanfaatkan koleksi musim bunga yang sedikit sebanyak pasti memberi pengaruh positif terhadap diri anda untuk terus maju!
Azam Untuk Terus Dapatkan Bentuk Badan Ideal
Jika anda menanam impian untuk menjadi seorang yang lebih cergas dan cerdas pada tahun 2016 ini, anda bolehlah memiliki kasut sneakers yang bergaya daripada Carolina Herrera ini! Kombinasi warna dan corak floral yang cukup untuk menjelaskan personalitui diri anda yang feminin tetapi dalam masa yang sama masih lagi peka tentang kesihatan diri. Siapa kata perempuan tidak layak untuk masuk ke gim?
Azam Untuk Berjaya
Jadikan beg tangan Beret menawan dari Carolina Herrera ini sebagai kunci kejayaan yang mampu mendorong anda untuk terus maju kehadapan. Tidak kisahlah sama ada anda adalah seorang gadis yang masih mencari ilmu di menara gading mahupun wanita yang telah pun berkerjaya, ingatlah bahawa Carolina Herrera akan sentiasa menjadi peneman dan pelengkap gaya sejati.
Azam Untuk Mendapatkan Cinta Abadi
Dengarnya anda sedang dalam proses mengenali hati budi seorang lelaki? Oh ya, tahukah anda lebih 90% lelaki yang bersetuju bahawa mereka akan terpikat dengan gaya seorang wanita sebelum mengenali wanita itu lebih mendalam. Nah, apa kata anda gayakan cocktail dress yang diberi nafas baru sempena musim bunga 2016. Ia bagaikan anda merentasi taman bunga indah ketika ingin menghadiri temu janji istimewa bersama Mr. Perfect. Rona warna yang memukau pasti memberi pukauan hebat kepada si dia yang melihat anda nanti. Hello cinta!
Untuk maklumat lanjut tentang seleksi koleksi musim bunga Carolina Herrera 2016, sila layari www.carolinaherrera.com.
Selamat Tahun Baru!