Sebagai manusia, kita berubah, begitu juga dengan kehidupan dan nilai.
Kini, ramai di antara kita mengutamakan keperluan material, inginkan sesuatu yang berkualiti, yang kekal dan selesa. Kita menghargai kesihatan dalaman dan fizikal berbanding sebelum ini. Dan ramai di antara kita memilih fesyen yang smart, simple yang bersesuaian dengan gaya hidup.
UNIQLO mempercayai bahawa sifat individu datang dari pemakaiannya. Lebih selesa pakaian anda lebih banyak anda akan memakainya. UNIQLO sentiasa memantau setiap kualiti yang hadir pada setiap koleksi yang ditampilkan.
UNIQLO LifeWear Musim Bunga/Panas 2016 kali menampilkan elemen contemporary, active, relaxed dan essentials.
Contemporary – clean look, semulajadi dan selesa. Barangan utama adalah linen shirts, cotton shirts, wide pants, jogger pants, dan easy pants.
Active – Pakaian berfungsi untuk orang yang aktif. Barangan utama adalah Dry EX Series, AIRism, Block Tech Parka.
Relaxed – Jangan sekali-kali berkompromi dengan keselesaan, walaupun berehat di rumah. Apabila di rumah, anda tidak hanya mahu selesa tetapi anda juga mahu kekal bergaya. UNIQLO percaya bahawa anda boleh melakukan kedua-duanya, menawarkan pakaian yang boleh anda pakai tanpa kebimbangan apabila bersama keluarga dan rakan-rakan atau di jalanan. Barangan utama adalah seluar flanel dan STETECO & RELACO. Suteteko adalah pakaian tradisional Jepun, rangkaian seluar yang selesa dan relax untuk lelaki dan wanita.
Essentials – Asas-asas yang berkualiti untuk kehidupan seharian. Jeans, chino pants, line atau cotton shirts adalah keperluan yang dipakai semua orang. UNIQLO memberikan keselesaan, kesempurnaan malah membantu menjadikan kehidupan lebih menyeronokkan.
Untuk info lanjut, anda boleh layari www.uniqlo.com.