Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

‘Pondan’ Diberkas Selepas 36 Jam Larikan Sedulang Barang Kemas

by Afiqah Syamin
January 5, 2016
Menurut polis, suspek berusia 35 tahun itu (gambar) diberkas kira-kira pukul 11 malam semalam di rumah sewanya di Kampung Rhu 2, dekat sini. Foto -NST

Menurut polis, suspek berusia 35 tahun itu (gambar) diberkas kira-kira pukul 11 malam semalam di rumah sewanya di Kampung Rhu 2, dekat sini. Foto -NST

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Di Marang, polis berjaya menahan seorang lelaki berperwatakan lembut kira-kira 36 jam selepas dipercayai melarikan sedulang barang kemas dari sebuah kedai emas di Bukit Payong, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata suspek berusia 35 tahun itu diberkas kira-kira pukul 11 malam semalam di rumah sewanya di Kampung Rhu 2, dekat sini.

Katanya hasil pemeriksaan dalam rumah suspek, polis berjaya menemui sebahagian barang kemas yang dicuri yang disorokkan di pelbagai tempat dalam rumah itu termasuk dalam kasut dan beg.

“Hasil serbuan itu juga polis menemui resit menjual sebentuk cincin, sehelai kemeja T berwarna merah jambu dan tudung yang dipakai suspek ketika melarikan barangan kemas berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya polis berjaya menemui dan merampas kembali sebahagian barangan kemas yang dicuri dan yang telah dijual bernilai kira-kira RM80,000.

Mengulas lanjut, Wan Abdul Aziz berkata sebelum kejadian pada Sabtu lalu, suspek dipercayai pernah mengunjungi kedai emas itu pada 30 Dis lepas untuk menjual sebentuk cincin di kedai tersebut.

“Rakaman CCTV pada 4.30 petang 30 Dis lalu menunjukkan premis itu dikunjungi seorang pelanggan lelaki yang berperwatakan lembut dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Suspek yang berasal dari Negeri Sembilan itu juga mengaku berpakaian wanita dan masuk ke premis berkenaan sebelum berhenti di sebuah stesen minyak untuk membuka tudung.

Wan Aziz berkata suspek yang juga merupakan orang sekatan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) atas kesalahan dadah sejak 2013 ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sabtu lalu seorang peniaga emas dekat sini kerugian kira-kira RM200,000 selepas satu dulang barangan kemas dilarikan seorang wanita ketika beliau dan isterinya menunaikan solat.

SUMBER

Tags: beritaisu semasajenayahKedai EmasKes CuripolisPondan Curi Sedulang Emas
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.