Selfie! Rasanya semua orang pernah melakukan aktiviti ini. Tipulah kalau anda tak pernah berselfie! Fenomena yang pernah menjadi ikutan ramai di seluruh pelusuk dunia tidak lama dahulu telah menjadi sesuatu perkara yang normal masa kini.
Dikhabarkan juga istilah selfie yang merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri itu telah muncul disenaraikan di dalam Kamus Dewan. Namun dalam masa yang sama, ianya dilabel sebagai ‘bp’ atau bahasa percakapan.
Dengan hanya bermodalkan telefon pintar berkamera dan wajah individu sendiri, gambar-gambar itu kemudiannya akan di muat naik ke dalam akaun media sosial masing-masing seperti Twitter, Facebook dan yang paling biasa kita dengar adalah Instagram.
Jadi, sebelum gambar-gambar anda itu di muat naik, anda harus pastikan ianya cukup menarik dan cantik untuk dilihat orang. Kalau tidak, malulah!
Disini, terdapat lapan tips berguna yang boleh anda gunakan untuk berselfie ala-ala peragawati. Dah sedia nak belajar bagaimana untuk menjadi ‘supermodel’ ? Jom!
1. Cahaya Terang
Antara gambar yang jelas dan gambar yang kabur, mana lebih menarik tertarik kau memang debom?! Ha tentulah gambar yang jelas kan? Jadi, cari lokasi atau ruang yang terang untuk berselfie. Cahaya yang cukup dapat memberi refleksi yang cantik kepada gambar selfie anda! Sebaiknya, cari cahaya matahari kerana lebih natural biasannya dan pastikan pantulan cahaya berada dihadapan wajah anda dan bukannya di belakang anda.
2. Gunakan Highlighter Pada Wajah
Alat solek kadang-kala boleh membantu untuk beri ilusi pada rangka wajah anda. Gunakan sedikit sapuan highlighter pada batang hidung anda, tulang kening dan tulang pipi agar muka anda kelihatan lebih menonjol seolah ada biasan cahaya yang terang pada wajah anda. Hasilnya, sungguh sempurna. Magik!
3. Pastikan sisi kamera anda tepat!
Ha! ini lagi satu perkara yang dapat memberi impak besar dalam mendapatkan foto selfie yang menarik. Jangan sesekali condongkan arah kamera telefon pintar anda keatas sebaiknya arahkan kamera anda kebawah untuk foto yang bersahaja!
4. Sudut istimewa tersendiri
Kita semua ada sisi yang kita rasa kita akan nampak cantik dan sempurna. Oleh itu, tak salah untuk cuba mencari sudut terbaik wajah anda. Mungkin anda boleh dongakkan kepala untuk perlihatkan leher anda yang jinjang atau cuba lentokkan sedikit kepala anda ke kanan. Macam-macam gaya yang boleh anda guna!
5. Berseronoklah!
Personaliti seseorang dapat dinilai berdasarkan foto, jadi, kenapa perlu malu? Jadilah diri anda sendiri kerana itu lebih menyeronokan. Kalau anda rasa anda seorang yang happy-go-lucky, cubalah buat gaya mimik muka yang pelbagai bagi memberi variasi yang pelbagai kepada foto selfie anda nanti.
6. Ambil gambar bersama haiwan peliharaan
Yang ini sesuai untuk si dia yang sayangkan binatang. Selain comel, berselfie bersama haiwan peliharaan kesayangan anda dapat menambah karakter kepada foto anda. Cubalah! Pasti ramai yang menyukai gambar anda nanti.
7. Ajak rakan-rakan anda untuk ikut serta!
Salah satu cara untuk buat foto selfie nampak meriah! Ha ajak teman rapat anda untuk ikut serta! Lebih seronok!
8. Gunakan cermin!
Apabila berselfie dihadapan cermin, anda boleh lihat sendiri pergerakkan dan gaya tubuh atau wajah anda dengan lebih jelas, justeru, ini akan bantu anda untuk dapatkan sudut bergaya yang lebih sempurna. Cermin sangat membantu!
Selamat mencuba!