Bimbang apabila usia makin meningkat, kulit anda anda mungkin kehilangan kelembapan, kusam malah tidak bermaya? Sebenarnya pelbagai cara dilakukan untuk kelihatan awet muda tetapi kesibukan tugas harian kadang-kadang membantutkan usaha kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Untuk kekal kelihatan muda sebenarnya bukanlah sukar. Semuanya terletak di tangan anda. Bak kata orang hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Lagi satu anda tak nak ke bila rakan anda berkata – “Eh Sarah, kau nampak macam anak daralah, langsung tak nampak macam mak-mak”, “Kau pakai apa kat muka sebab aku tengok muka kau glowing dan nampak muda je” – suka tak dengan semua pujian ini? Sukalah tu!
Jadi hari ini kami mahu berkongsi beberapa tips mudah untuk kekal awet muda!
#Tidur
Untuk pengetahuan semua, tidur amatlah penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tempoh tidur yang baik ialah sehingga enam ke lapan jam setiap hari.
#Cara Berjalan
Penting untuk kita berjalan dengan betul. Ada yang berjalan terbongkok-bongkok, ada yang jalan tertunduk-tunduk, ada yang laju teramat, malah terlampau perlahan pun ada. Kalau kita berjalan turun bukit, pasti kita akan cuba tegakkan badankan? Hah, berjalan tegak tetapi tidak mendada. Lagi satu berjalan juga satu senaman yang amat bagus untuk jantung.
#Minum Air
Kita dikehendaki mengamalkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Percayakah dengan minum air kosong atau air putih sebanyak 3 liter sehari dapat mengembalikan keremajaan kulit? Sebelum ini, satu eksperimen telah dilakukan oleh seorang wanita, Sarah Smith, yang menderita sakit kepala dan mempunyai masalah penghadaman. Doktor memintanya minum air air sehingga tiga liter sehari supaya badannya berfungsi dengan baik. Selepas mengambil air kosong sebanyak tiga liter sehari selama sebulan, wajah wanita jelas kelihatan lebih muda malah sihat.
#Buah-Buahan & Sayur-Sayuran
Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Ulam-ulaman tempatan seperti daun pegaga, kacang botol, timun juga baik untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, avokado kaya dengan antioksida dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan system imunisasi, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan system saraf yang sihat. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda!
#Tidak Merokok
“Merokok menyebabkan kerosakan pada rambut dan kulit yang membuat anda jauh lebih tua dari usia sebenarnya. Menghalang kulit mendapat cukup oksigen dan nutrisi,” ujar dermatologist dari Sri Balaji Action Medical Institute, Dr. Nipun Jain. Merokok bukan sahaja merbahayakan kesihatan bahkan juga mampu merosakkan struktur kulit. Berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
#Tangani Tekanan
Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi kesihatan badan anda. Teorinya muda sahaja, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan. Bagi yang Islam, banyakkan membaca Al-quran, cuba jadikan ia sebagai rutin, nescaya hidup anda akan bertambah baik malah diberkati.
#Rutin Penjagaan Wajah
Dengan usia yang semakin meningkat, kulit anda mungkin kehilangan keanjalan, yang kemudiannya menyebabkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit. Jadi, untuk itu, Wanista cadangkan anda menggunakan produk penjagaan kulit dari Olay. Kenapa Olay? Ini sebabnya!
Gabungan inovasi Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dan Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream ternyata lebih efisyen, tidak memedihkan malah membekal khasiat sepenuhnya yang diperlukan oleh kulit wanita yang kian kehilangan ciri keanjalan serta tekstur kehalusannya di kala umur semakin meningkat.
Guna krim pelembap wajah Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream setiap pagi (selepas mencuci wajah dengan bersih dan rapi diselangi penggunaan toner) kerana ia akan bertindak sebagai rawatan intensif anti-penuaan yang selamat, berfungsi sepanjang hari untuk memberikan hasil lumayan agar anda bisa mendapat kulit yang sihat, anjal dan bebas kedutan sehalus porselin.
Manakala untuk malam hari pula, anda gunakan Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream. Untuk mempercepatkan kesan kebaikan dari krim ini, lapiskan ia dengan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence agar proses rawatan dan pemulihan kulit lebih lancar dan paling penting kulit tampak 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar. Mudahkan?
#Bersenam
Cuba penuhkan aktiviti pada setiap hujung minggu dengan melakukan aktiviti beriadah yang boleh mengeluarkan penuh seperti bersenam, yoga, pilates, zumba serta pelbagai lagi yang mudah bagi anda. Bersenam dapat meningkatkan kecekapan kebanyak organ tubuh manusia, menyihatkan tubuh badan serta otak akan menjadi cerdas. Sebenarnya memang banyak kebaikan bersenam, jadi daripada menghabiskan cuti hujung minggu dengan tidur apa kata berubah kepada bersenam pula, bukan lama minima 30 minit 3 kali seminggu.
#Gaya Rambut
Orang kata “usia boleh bertambah tetapi penampilan harus tetap muda”. Anda pasti mahu mendengar rakan sekerja berkata “U nampak muda dengan rambut macam ni” ataupun “U sesuai dengan potongan rambut sebegini, nampak young and fresh”, iyekan? Ada satu potongan rambut yang mampu merealisasikan impian anda, tidak kisahlah dengan berambut pendek, separa ataupun panjang, ‘bangs hairstyle‘ ini kiranya melengkapkan lagi penampilan seseorang.
#Mekap
Ramai wanita yang memakai mekap atau alat solek kerana ingin kelihatan cantik serta nampak lebih muda. Namun, aplikasi yang salah boleh membuatkan anda nampak buruk ataupun kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda. Sebagai contoh, anda boleh cuba mekap cara Korea yang lebih mengetengahkan teknik mekap yang simple malah tampak natural seperti ‘tidak mekap’.
Dah jelas? Jom aplikasikan tips ini dan cantik sama-sama!
Untuk info lanjut, anda boleh semak ke laman web rasmi https://www.everydayme.com.my/tag/olay. Jika ingin berkongsi gambar di media sosial, ini hashtag yang tertera #OlayMalaysia #MiracleDuo.