November lalu, penulis berpeluang merasai makanan dan minuman di Common Man Coffee Roasters. Sebelum itu, anda pernah dengar tentang CMCR?
Common Man Coffee Roasters (CMCR) merupakan sebuah kafe dan pemanggang biji kopi yang ditubuhkan di Singapura pada tahun 2013. Di CMCR, kami sentiasa berusaha menyediakan yang terbaik dalam hidangan makanan, minuman dan perkhidmatan, kesemuanya membuatkan kami teruja untuk menawarkannya di Kuala Lumpur!
CMCR merupakan sebuah syarikat usaha sama antara individu kelahiran Australia, Harry Grover bersama Spa Esprit Group dari Singapura dan jenama kopi istimewa terkenal, Five Senses Coffee Australia. Gabungan pengetahuan, sumber, kemahiran, pengalaman dan kecintaan dalam industri ini telah menghasilkan sebuah kafe yang berkembang maju, akademi, pusat memanggang dan memproses kopi serta perniagaan borong di Singapura.
Kesemuanya kini dibawa dengan bangganya ke Kuala Lumpur bersama pasukan berdedikasi yang turut berkongsi kecintaan mereka terhadap produk dalam cara yang mesra dan menyeronokkan – kopi istimewa untuk Insan Biasa (Common Man)!
Kalau dah review, mesti nak tahu apa menu istimewa yang ditawarkan di CMCR, bukan?
Baiklah, hidangan yang ditawarkan termasuk Common Man Full Breakfast dan sajian popular, Common Man Fluffy Pancakes bersama pisang karamel, kacang walnut, coulis beri dan sos karamel masin. Turut berada di menu termasuk item-item yang eksklusif bagi CMCR KL termasuk Wild Mushroom and Goats Cheese Salad, Club Sandwich kami yang tersendiri dan Churros enak yang menawarkan kelainan!
Ini antara juadah yang sempat penulis cuba di CMCR:
Sautéed Kale & Egg White Scramble
Common Man Veggie Wonderland
Common Man Fluffy Pancakes
Grilled Juicy “Chilli” Boneless Chicken
Common Man Burger
KL Churros
Menu kreatif dan lazat kami disajikan bersama pelbagai pilihan kopi kami yang merangkumi kopi signatur CMCR, 22 Martin Blend, disediakan menggunakan mesin espreso Synesso yang direka khusus sehingga ke biji kopi dari sumber tunggal seperti YirgZero dari Ethiopia disediakan menggunakan mesin bru bertenologi tinggi kami.
Lokasi: A-G-1 New Podium, Plaza
Vads No.1 Jalan Tun Mohd Faud. 60000 KL
Waktu operasi: 7.30am- 18.00pm Daily.
Hubungi: Tel) +60 3 7731 7095