Bukan calang-calang, gel aloe vera Nature Republic ini sememangnya telah viral dek keberkesanannya serta berfungsi dalam memberi 1001 kebaikan magis pada kulit. Untuk itu, ramai wanita yang tergila-gilakan produk ini demi kelihatan jelita persis selebriti Korea umumnya.
Namun, malang telah menimpa seorang gadis apabila kulit wajahnya seolah melecur selepas menggunakan gel aloe vera ini sehingga terpaksa ditempatkan di wad kecemasan.
Menurut seorang pengguna Facebook Sabram Omar yang telah memuat naik status dan 3 gambar mengenai insiden itu berkata, produk yang dibeli gadis itu adalah menerusi jualan atas talian itu adalah tiruan dan tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) sama sekali.
Jika selama ini anda tidak pernah ambil peduli tentang semua kemungkinan ini, beberapa ketika dahulu Facebook rasmi Nature’s Republic Malaysia pernah mengumumkan bahawa setiap satu produk jenamanya yang dijual secara online sama ada menerusi Instagram, Facebook atau mana-mana gedung atas talian lain perlulah dibeli berdasarkan risiko diri sendiri. Ini kerana tiada sesiapa dapat memastikan keaslian sesuatu produk itu.
Nature Republic mencadangkan supaya pengguna menjadi lebih bijak dan berhati-hati apabila membeli produknya. Untuk dapatkan jaminan, anda boleh terus ke kaunter atau butik kecantikan Nature Republic sendiri.
Sebelum ini, gel aloe vera Nature Republic itu boleh diketahui kepalsuannya melalui label 98%. Namun, mungkin juga setelah ramai yang menyedari produk tiruan berkenaan, ini menyebabkan pihak pengeluar produk palsu itu telah meniru label 92% sama seperti gel aloe vera asli Nature Republic.
BACA: [REVIEW] 10 KELEBIHAN NATURE REPUBLIC ALOE VERA 92% SOOTHING GEL
Orang ramai dinasihatkan supaya beli sahaja terus dari pengedar yang sah biarpun ia harus dibeli dengan harga yang sedikit mahal asalkan tidak mendatangkan keburukan. Kebanyakan produk kecantikan atas talian diimport dari China, Thailand dan Indonesia dan oleh kerana itu harganya luar biasa dan jauh lebih murah berbanding yang original.