Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Waktu Perkhidmatan LRT, Bas RapidKL Lanjut Hingga Malam Tahun Baharu 2017

by Izzah Azizah
December 29, 2016
Orang ramai disarankan menggunakan perkhidmatan pengagkutan awam pada hari itu mengelak kesesakan lalu lintas. Foto - Harian Metro

Orang ramai disarankan menggunakan perkhidmatan pengagkutan awam pada hari itu mengelak kesesakan lalu lintas. Foto - Harian Metro

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bersempena sambutan amabang Tahun Baharu 2017 pasti ramai yang akan keluar untuk menghadiri pelbagai acara. Justeru itu pihak Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit dan bas Rapid KL akan memanjangkan perkhidmatan mereka bagi memenuhi keperluan orang ramai. 

Perkhidmatan sistem rel LRT, MRT dan Monorel akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi bagi stesen terpilih bersama 11 laluan bas Rapid KL, kata Jin Aun Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana. 

“Stesen yang akan dibuka sehingga jam 2 pagi ialah Stesen Masjid Jamek dan KLCC bagi LRT Laluan Kelana Jaya. Bagi LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling, Stesen Masjid Jamek akan beroperasi sehingga jam 2 pagi manakala waktu operasi Stesen Bandaraya dan Stesen Hang Tuah akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam.

“Dua stesen di laluan Monorel akan dilanjutkan perkhidmatan iaitu Stesen Hang Tuah sehingga 12.30 tengah malam dan Bukit Nanas sehingga jam 2 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang turut dilanjutkan sehingga jam 2 pagi di stesen Mutiara Damansara dan Bandar Utama.

Selain itu katanya, perkhidmatan bas pengantara yang menghubungkan stesen terbabit turut dilanjutkan waktu operasi iaitu laluan T809 (Damansara Perdana ke Stesen MRT Mutiara Damansara) dan bas ulang-alik antara One Utama ke Stesen MRT Bandar Utama.

“Sementara itu, perkhidmatan bas BRT Laluan Sunway dan bas henti-henti Rapid KL turut dilanjutkan selama 30 minit selepas berakhirnya perkhidmatan tren membabitkan stesen BRT USJ 7 yang dilanjutkan operasi sehingga jam 2.30 pagi.

“Walaupun pintu masuk di stesen lain ditutup seperti jadual biasa, pengguna perkhidmatan MRT, LRT, Monorel dan BRT masih boleh keluar dari mana-mana stesen sehingga jam 2 pagi untuk meneruskan perjalanan,” katanya.

Menurutnya, laluan bas Rapid KL yang akan terbabit dengan lanjutan operasi ialah 751 (Taman Sri Muda – HAB Pasar Seni), 781 (Taman Medan – HAB Pasar Seni), 772 (Subang Suria – HAB Pasar Seni), 780 (Kota Damansara – HAB Pasar Seni), 300 (Pandan Mewah – HAB Munshi Abdullah), 640 (Taman Sentosa – HAB Pasar Seni), 450 (Terminal Kajang – HAB Lebuh Pudu), 220 (Taman Melawati – HAB Munshi Abdullah), 180 (Taman Dato Senu – HAB Pasar Seni), 173 (Taman Jasa Utama – HAB Medan Pasar HL) dan 600 (Puchong Utama – HAB Pasar Seni).

“Kami menyarankan warga ibu kota menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari itu untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas terutama berdekatan kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baharu.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyambut ambang Tahun Baharu secara berhemah dan menjaga keselamatan masing-masing sepanjang menghadiri sambutan,” katanya.

Katanya, untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web www.myrapid.com.my.

SUMBER

Tags: 2017berita dan isu semasakuala lumpurlrtMalaysiaRapid KLtahun baru 2017
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.