Penggodaan hanya dalam haruman. Playboy Fragrances Malaysia membawa anda ke dalam permainan penggodaan dengan rangkaian seksinya yang baru King and Queen of the Game.
Eau de toilette dan deodoran semburan, rangkaian ini khas kepada pemuda yang bakal melonjak menjadi lelaki dewasa, dan juga kepada gadis yang tidak gentar untuk memulakan langkah pertama untuk mencapai apa yang diidamkan.
Rangkaian King of the Game, khusus untuk lelaki, mengacah deria dengan haruman koktel kelelakian dan keberanian mengharungi cabaran – menggabungkan lemon, buah pelaga, dan lada hitam dengan sedikit kopi hitam, Granny Smith apple dan Jägerbomb. Namun, keberanian itu diimbangi oleh sedikit sentuhan lembut vanilla, cedar dan minyak nilam. Berbeza dengan rangkaian Queen of the Game yang terdiri dari sentuhan bungaan yang anggun. Haruman manis dan lincah gabungan jasmine sambac dan orange blossom diserlahkan oleh passionflower, coffee foam dan coffee absolute. Di sebalik haruman yang penuh berahi, keenakan sentuhan coklat, tonka bean, cedar dan patchouli mengundang daya penarik.
Permainan penggodaan kini bermula, tekan untuk ‘play’! Dapatkan Playboy King and Queen of the Game di kedai dan farmasi utama di seluruh negara. Harga runcit King of the Game eau de toilette adalah RM39.90 manakala harga runcit Queen of the Game adalah RM42.90. Kedua-dua deodoran berharga RM18.90 setiap satu.