Jika warna hijau sentiasa meliputi bumi indah Malaysia, bagaimana pula dengan warna biru di dunia Antartika?
Suhu sejuk bawah beku Antartika tiada siapa dapat menahan kecuali makhluk-makhluk ciptaan Tuhan ini yang mewarnai kehidupan disana. Penguin, anjing laut dan beruang kutub merupakan populasi terbesar disana. Tidak seperti haiwan jinak yang lain, mereka hidup liar dan menjadi ancaman terhadap pemanasan global.
Paul Nicken, jurugambar profesional dari majalah National Geographic sentiasa berkongsi hasil kerja beliau di laman Instagramnya. Beliau dedikasi hasil kreativiti beliau di benua terpencil itu, menahan kesejukan dan duduk bersama haiwan-haiwan tersebut hanya semata-mata untuk merakam momen indah.
Pengikut setia laman Instagram Paul selalu disajikan dengan gambar-gambar yang memukau dan ilmu pengetahuan baru tentang jiwa yang berada di Antartika.
Wanista letakkan beberapa gambar pilihan dari Paul Nicklen untuk tatapan pembaca. Jangan lupa baca kapsyennya sekali!
Penguin
https://www.instagram.com/p/BON5jBZDC2B/?taken-by=paulnicklen&hl=en
Beruang kutub
Anjing laut
Terpegun tak dengan hasil gambar-gambar di atas? Walaubagaimana cantik sekalipun, kita semua harus ingat haiwan-haiwan ini berada didalam keadaan merbahaya dengan isu pertukaran suhu cuaca sekarang. Jadi sama-samalah kita menjaga alam sekitar dan juga manfaat alam ini dengan sebaiknya!