Jenama fesyen terkemuka Burberry melancarkan kempen fesyen terbaru dipanggi ‘Kris Wu Edit’. Hasil kolaborasi hebat diantara jenama tersebut dengan penyanyi popular dari China, Kris Wu. Didalam kempen ini, Kris memperagakan koleksi skaf ikonik Burberry dan aksesori seperti beg rucksack versi monogram.
Koleksi ‘Kris Wu Edit’ menemui butik Burberry atau Burberry.com bermula pada hari ini. Terdapat pelbagai pilihan skaf kasmir Burberry, aksesori seperti beg tangan dan beg rucksack dengan rekaan mewah serta versatil.
Kris juga bakal berjalan di pentas peragaan Burberry pada Januari 2017 untuk koleksi pakaian lelaki. Beliau dipilih oleh Burberry hasil minat beliau terhadap fesyen dan banyak mengambil aura fesyen dari jenama itu sendiri.