Dilaporkan pada 19 Disember lalu, kawasan perkampungan terpencil di Algeria, Ain Sefra dilanda salji buat kali kedua selepas Februari 1979.
Ia kombinasi pemandangan yang menakjubkan dan sukar dibayangkan apabila kawasan kering berwarna kuning oren diselaputi putih salji. Seorang jurugambar amatur Karim Bouchetata, sempat merakam keindahan kejadian alam ini.
Menurut Karim, penduduk kampung turut terpaku dan teruja dengan kedatangan salji pada tahun ini. Memang menakjubkan apabila melihat pasir kering Sahara bercampur dengan putih salji. Menghasilkan sebuah gambar pemandangan yang indah.
Namun salji hanya dapat pada satu hari sahaja kemudian ia cair.
Gurun Sahara terletak dikawasan utara Afrika dan disana jarang berlaku pertukaran cuaca dan suhu sejak beribu tahun lampau. Menurut kajian, gurun Sahara boleh kembali hijau pada 15,000 tahun ribu akan datang.