Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Tak Perlu Keluar Rumah, Tempah Sahaja Barang Harian Tesco Menerusi HappyFresh!

by Afiqah Syamin
December 22, 2016
Kakitangan HappyFresh terlatih akan bantu memilih dan membeli barangan yang dipesan sebaik tempahan diterima. Foto -Arkib Wanista

Kakitangan HappyFresh terlatih akan bantu memilih dan membeli barangan yang dipesan sebaik tempahan diterima. Foto -Arkib Wanista

185
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Minggu sudah, termeterainya usahasama antara rangkaian pasaraya besar terkemuka Tesco bersama servis penghantaran terus barangan segar dan keperluan runcit ke rumah, HappyFresh.

Penduduk di sekitar Lembah Klang kini tidak perlu lagi bersusah-payah melangkah keluar dari rumah semata-mata mahu mendapatkan barangan runcit yang bukan sahaja mencukupi, malah kualitinya juga segar seperti baru dibeli dari pasar pagi.

Antara cawangan Tesco yang mengambil bahagian adalah termasuk Tesco Mutiara Damansara, Tesco Cheras, Tesco Shah Alam, Tesco Puchong dan Tesco Ampang.

Foto -Arkib Wanista
Dari kiri: Opal Wu, Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia; Guillem Segarra, Ketua Pegawai Eksekutif HappyFresh; Janice Chan, Pengarah Saluran Tesco Malaysia dan Paul Ritchie, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia. Foto -Arkib Wanista

Sungguh mudah malah menjimatkan masa, servis penghantaran barangan keperluan harian dari Tesco ini dijamin akan sampai ke rumah dalam masa 1 jam! Hebat bukan? Hanya perlu skrol dan pilih barangan yang anda mahu kemudian tunggu sehingga kakitangan HappyFresh tiba di pintu hadapan rumah. Ia umpama COD (Cash on delivery) untuk barangan runcit.

IKLAN

Setiap satu penghantaran yang melibatkan pembelian berjumlah RM150 dan ke atas adalah percuma manakala selain dari itu, bayaran untuk servis penghantaran adalah RM8 hingga RM14 bergantung pada waktu. Kos penghantaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan belum termasuk caj untuk kakitangan HappyFresh yang membantu anda membeli-belah.

Foto -Arkib Wanista
Aplikasi HappyFresh mudah digunakan dan sangat efisyen. Foto -Arkib Wanista

Lebih 12,000 barangan terbaik Tesco dari pelbagai kategori yang boleh dibeli menerusi HappyFresh. Lebih menarik, harga barangan juga adalah sama seperti harga asal yang dipamerkan pada rak barangan di Tesco. Tiada caj tambahan akan dikenakan.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi HappyFresh Malaysia atau muat turun aplikasi atas talian HappyFresh dari Google Play Store atau Apple App Store.

Foto -Arkib Wanista
Harga barangan adalah sama seperti harga yang dilabel pada rak. Foto -Arkib Wanista

Sila layari www.happyfresh.com/my untuk keterangan lanjut berkenaan perkhidmatan HappyFresh.

Tags: Aplikasi HappyFresh Di Telefon PintarayamBarang RuncitHappyFreshHappyFresh Bekerjasama Dengan Tesco MalaysiaHappyFresh MalaysiaikanMakanan BekuMakanan SegarPasaraya Besar TescoPengguna Lembah Klangsayur-sayuranServis Penghantaran Terus Barangan Segar Ke RumahTesco AmpangTesco Cherastesco malaysiaTesco Mutiara DamansaraTesco PuchongTesco Shah Alam
Share74SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

December 31, 2021
Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

December 30, 2021
“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

December 28, 2021
Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

December 27, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.