Ramai wanita di Malaysia menghadapi masalah kulit berminyak & kering. Kulit kita cenderung menjadi kering terutamanya di bawah penyaman udara, di dalam pesawat atau di bawah sinaran matahari. Kebanyakan daripada kita akan membawa semburan mist wajah dalam beg dan kerap menyembur untuk mengekalkan lembapan kulit. Kebanyakkan semburan ini hanya memberikan kelembapan sementara kepada kulit.
Memperkenalkan Hada Labo Kiwamizu Lotion yang menjanjikan kesan penghidratan berpanjangan kepada kulit.
Hada Labo Kiwamizu Lotion boleh digunakan setiap hari selepas mencuci wajah atau sebagai semburan mist untuk memberikan penyegaran segera kepada kulit yang juga mampu mengekalkan kelembapan kulit anda sepanjang hari. Dengan muncung penyembur yang datang secara percuma dengan setiap botol losyen Kiwamizu, ia mudah digunakan di mana sahaja, bila-bila masa sama ada di tempat kerja atau di luar rumah!
Jika anda sudah biasa dengan produk Hada Labo Hydrating Lotion anda akan dapati Kiwamizu Lotion ini mempunyai tekstur yang amat ringan seperti air, tidak melekit dan amat selesa pada kulit.
Dengan ramuan 6 jenis mineral; Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Zink (Zn), Tembaga (Cu), Kalium (K) dan Natrium (Na) dan 2 jenis Amino Acids; Arginine (Arg) dan Trimethylglycine (TMG), losyen ini memberikan penghidratan secara mendalam dengan mengimbangi minyak dan air pada kulit. Mineral membantu menenangkan kerengsaan kulit dan menguatkan ketahanan kulit. Asid Amino pula membekalkan nutrien untuk menyuburkan kulit dan mengukuhkan tisu kulit agar ia lebih anjal dan elastik.
Kiwamizu Lotion adalah pH seimbang dan 100% bebas minyak. Ia juga bebas daripada pewangi dan pewarna.
Hada Labo Kiwamizu Lotion (400ml) edisi terhad dijual pada harga RM45.90 dan (180ml) pada harga RM19.90. Ia boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Watsons seluruh Negara bermula Oktober 2016.