Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

[REVIEW] Jelingan Mempersona Dengan Mainan 9 Rona Pembayang Mata Baharu Dari Sephora!

by Afiqah Syamin
December 21, 2016
Foto -Arkib Wanista

Foto -Arkib Wanista

36
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Solekan pembayang mata yang dahulunya popular sekitar tahun 80an kini telah kembali dengan trend lebih memukau.

Jika dahulu, rona neon seperti biru, merah jambu, kuning dan hijau menjadi igauan para gadis dan wanita seantero dunia, kini mereka sesungguhnya lebih cenderung untuk menyalit warna-warna berasaskan warna tanah pada kelopak mata demi memberi ilusi seksi.

2016-12-21-09-02-39-1_resized

Justeru bersempena dengan pelancaran koleksi musim perayaan, Sephora ada mengeluarkan beberapa produk solekan baharu termasuklah palet pembayang mata yang terdiri dari empat rona matte dan lima rona shimmer ini digelar SEPHORA The Delicate.

2016-12-21-08-50-05-1_resized

Palet pembayang mata genit sebesar tapak tangan ini mudah diusung kemana-mana kerana rekaannya yang berbentuk segi tiga nipis malah ianya berguna untuk solekan day to night! Sungguh mengujakan, SEPHORA The Delicate sesuai bagi mereka yang gemar rangkaian warna dari nude hinggalah kepada warna emas, gangsa dan ungu. 

2016-12-21-09-08-35-1_resized

Apa yang memudahkan, palet ini disertai panduan langkah solekan bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan solekan mata. Panduan bergambarnya adalah jelas, dipaparkan pada bahagian pembuka palet dan setiap satu serbuk pembayang mata telah siap dilabel dengan nombor 1 hingga 9.

2016-12-21-09-04-22-1_resized

Calitan kompilasi warna yang ada di dalam palet amat terang pada kulit kecuali warna shimmer dark blue yang dilabel dengan nombor (6) adalah sedikit bercapuk konsistensinya. Jika anda mahu menggunakan rona biru berkilau tersebut, sebaiknya pastikan berus yang digunakan adalah bertepatan serta jangan lupa terlebih dahulu sapukan eyeshadow primer pada keseluruhan kelopak mata untuk menyerlahkan lagi warna serbuk pembayang mata yang disapu.

Untuk tatapan anda, ini tutorial solekan yang Wanista sediakan:-

#Langkah 1

2016-12-21-09-01-56-1_resized

Mulakan solekan mata dengan wajah bersih. Sapukan eyeshadow primer terlebih dahulu pada keseluruhan kelopak mata kerana ia bisa mengekalkan solekan mata lebih lama dan menyerlahkan lagi warna serbuk pembayang mata yang digunakan.

#Langkah 2

Dengan menggunakan berus yang betul, sapukan warna pinkish beige nombor (7) pada keseluruhan kelopak mata sehingga sampai ke bahagian penghujung dan dibawah kening sedikit.

IKLAN

2016-12-21-08-58-49-1_resized

#Langkah 3

Seterusnya, sapukan warna gangsa nombor (2) pada keseluruhan kelopak mata.

Processed with VSCO

#Langkah 4

Untuk mencipta sedikit dimensi, sapukan rona ungu nombor (3) pada bahagian suku penghujung kelopak mata dengan gerakkan membentuk segi tiga.

Sambil itu, gunakan “eyeshadow blending brush” untuk ratakan warna pembayang mata supaya hasilnya nampak sekata dan tidak kasar.

2016-12-21-01-09-47-1_resized

#Langkah 5

Akhir sekali, sapukan rona metalik berkilau nombor (9) di bahagian bawah kening untuk mencipta ilusi tulang kening yang tinggi dan menawan.

2016-12-21-08-55-43-1_resized

#Langkah 6

Siap! Anda boleh gayakan bulu mata palsu untuk timbulkan aura dramatik berserta olesan gincu rona plum.

2016-12-21-08-56-40-1_resized

Percayalah, dengan palet pembayang mata SEPHORA The Delicate ni, solekan mata akan jadi semudah ABC. Rugi kalau anda tak beli :)

Harga yang ditawarkan adalah RM45 seunit! Cepat sementara stok masih ada. [KLIK DI SINI]

Tags: kecantikanPalet Pembayang Mata Sephorapanduanpembayang matareviewRona Pembayang Matasephora holiday collectionSEPHORA The DelicateSolekan Malam Krismassolekan matatips solekan
Share14SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Gym Lips? Trend Baru Bibir Plump Boleh Dicipta Dalam 2 Langkah Mudah!
Kecantikan

Gym Lips? Trend Baru Bibir Plump Boleh Dicipta Dalam 2 Langkah Mudah!

August 16, 2022
5 Ramuan Dalam 1 Formula, ABH Brow Genius Serba Baru Buat Kening Kamu…
Kecantikan

5 Ramuan Dalam 1 Formula, ABH Brow Genius Serba Baru Buat Kening Kamu…

August 16, 2022
Solekan Pengantin Tidak Lagi Bercapuk Dengan Asas Yang Betul, Semua Dari Rimmel!
Kecantikan

Solekan Pengantin Tidak Lagi Bercapuk Dengan Asas Yang Betul, Semua Dari Rimmel!

August 15, 2022
Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!
Kecantikan

Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!

August 14, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.