Pertama sekali tahniah kepada aktor kacak Ryan Reynolds atas pencapaian beliau sehingga namanya diletakkan di Hollywood Walk of Fame pada Khamis lalu.
Pada majlis tersebut, buat pertama kali keluarga bahagia Reynolds membawa si comel mereka bersama meraikan kejayaan si bapa. Gelagat James, 2 tahun dan bayi (tidak dimaklumkan lagi namanya) menjadi tumpuan media.
Bintang ‘Deadpool’ itu menerima penghargaan Walk of Fame dengan ucapan.
“Saya berterima kasih kepada isteri, Blake, yang duduk disana, yang segalanya bagi saya,”
Dia berkata lagi “Kamu adalah yang terbaik, perkara yang terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya-yang kedua bintang ini (nama beliau di Walk of Fame)…Kamu terbaik dalam segalanya, ternyata segala hidup saya lebih baik bersama kamu. Kamu menjadikan saya sebagai ayah yang saya selama ini impikan dan saya pula ingat saya hanya ada potensi sebagai pakcik.”
Wow! Sangat romantis dan semoga berbahagia selalu Ryan dan Blake!