“A good laugh heals a lot of hurts”
– Madeleine L’Engle
Ya, ketawa merupakan ubat paling terbaik. Sebenarnya terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengubah mood dan antaranya dengan ketawa. Ketawa mewujudkan suasana yang nyaman dalam perhubungan malah menukar suasana tegang kepada gembira. Suasana panas kepada sejuk.
Kalau anda sedang stress sekarang, luangkan sedikit masa menonton video kompilasi beberapa Kpop idol yang memiliki ketawa agak unik dan menarik. Serius anda akan rasa terhibur dan secara tiba-tiba ikut masa ketawa. Percayalah!
Jom ambil masa LOL bersama bintang Kpop kesayangan anda!
#1 Heo Youngji
Ya, Youngji berada di tangga teratas. Anda lihat sahaja cara dia gelak, sampai terlihat anak tekak. Satu lagi, dia gelak langsung tidak berbunyi menyebabkan kita tertanya-tanya sendiri.
#2 Winner Nam Taehyun
Pemuda dengan raut wajah manis ini mempunyai evil laugh yang sangat nyaring dan bonus kesemua giginya boleh nampak.
#3 SNSD Taeyeon
Terkenal dengan ketawanya ala makcik. Jika anda dengar, ketawanya itu seolah-olah datang dari jauh ke dalam jiwanya.
#4 Sistar Hyorin
Siapa sangka vokalis hebat ini boleh menghasilkan ketawa yang agak comel dan sedap didengar.
#5 BTS Jin
Okay, penulis pun ikut sekali ketawa tengok video ini. Ketawa dia agak tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi persis lap tingkap. Tak percaya? Anda cuba dengar betul-betul.
#6 BigBang Seungri
Ketawanya sangat ikhlas, membuatkan kita rasa dia sedang berada dalam keadaan yang baik.
#7 G Dragon
Favorite penulis! Bukan sahaja tidak berbunyi malah tangan dan bahu juga ikut sama bergerak. Anda kena tengok baru tahu.
#8 Girl’s Day Yura
Yura juga mempunyai stail ketawa yang agak unik, agak terhenti-henti. Mungkin ada yang merasakan agak annoying tetapi biasalah kalau ketawa.
#9 IU
Siapa sangka fizikal kecil molek, sopan santun tetapi ketawa bak mak nenek. Orang kata ketawa macam tak ingat dunia, ala sekali-sekala apa salahnya!
#10 GOT7 Youngjae
Mulut terbuka luas dan ketawa berdekah-dekah. Ya, laughter is the best medicine!
Okay, sekarang dah rasa sejuk sedikit? Senyum dan jangan stress sangat okay!