Korea adalah antara negara yang sering tampil dengan rangkaian kecantikan baru saban musim.
Seperti Mamonde, Sulwhasoo, Nature Republic dan Innisfree, Labbiotte adalah merupakan jenama kecantikan dan kosmetik Korea yang turut memanfaatkan tumbuhan botanikal sebagai ramuan utama produknya.
Namun apa yang lebih menarik perhatian “beauty junkies” sejak kebelakangan ini adalah kehadiran koleksi Labiotte Chateau Wine di mana semua pembungkusan produk rangkaian ini adalah bertemakan rekaan botol dan gelas wain comel!
Penulis pasti, jika anda penggemar mekap tegar, anda pasti mahu membeli dan memilikinya sekarang juga!
Untuk koleksi eksentrik ini, ia hadir dengan rangkaian gincu, maskara, pelembab bibir berwarna, ‘lip tint’ serta palet pembayang mata.
https://www.instagram.com/p/BBJyFz5juDQ/?taken-by=labiotteofficial
Di Mana Hendak Beli?
Buat masa ini, penulis tak pasti jikalau terdapat mana-mana kiosk atau kaunter jenama Labiotte di sekitar Malaysia, tetapi jika anda tetap mahu mendapatkannya, penulis sarankan anda untuk membeli koleksi Labiotte Chateau Wine dari Hermo [DI SINI]