Semua sedia maklum bahawa bintang Kpop amat dikenali dengan kulit wajah yang licin bersinar tanpa sebarang cela. Malah, kita masyarakat Malaysia turut terkena tempiasnya dan masing-masing berhempas pulas berhabis untuk miliki kulit wajah sebegini.
Kini, tiba masa untuk mengucapkan ‘hello’ kepada kulit yang lebih licin serta cerah dan mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pori kulit yang membesar dengan siri Lip Hop BYE BYE PORES dan Lip Hop BRIGHT & GLOW yang terbaru daripada Guardian. Rahsia penjagaan kulit puteri-puteri Korea tidak pernah semudah ini untuk diperolehi dan menggembirakan selain membantu anda mendapatkan kompleksi yang terbaik.
Lip Hop Bye Bye Pores boleh didapati dalam empat fungsi iaitu Pore-Cleanse 3-in-1 SOS Cleansing Mask, Pore-Tight Facial Toner, Pore-Care Sleeping Mask Pack dan Pore-Care Face Sherbet Gel. Ia boleh digunakan sebagai rejim kecantikan menyeluruh seperti pencuci wajah, topeng malam, toner dan jel pelembap waktu siang atau sebagai produk penyelesaian muka khusus kulit bermasalah.
Diformulasi dan dihasilkan di Korea, siri Lip Hop BYE BYE PORES mengambil manfaat daripada ekstrak Teh Hijau dari Korea dan ekstrak Teratai untuk membersihkan dan menyucikan pori seterusnya mengurangkan penghasilan berlebihan sebum yang boleh menyebabkan kulit berminyak dan kemunculan bintik hitam.
Untuk mereka yang mahu mengatasi bintik hitam, masanya telah tiba untuk anda menghidupkan puteri K-Pop dalam diri dengan menggunakan siri Lip Hop BRIGHT & GLOW daripada Guardian.
Siri tiga langkah ini termasuklah pembersih muka, toner dan pelembap iaitu Softie Facial Spongy Cleanser, Softie Facial Water Lotion dan Softie Cloud Face Cream yang amat penting bagi rangkaian penjagaan kulit yang menyeluruh. Lip Hop BRIGHT & GLOW series ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Diformulasi dan dihasilkan di Korea, siri Lip Hop BRIGHT & GLOW mengambil manfaat daripada ekstrak kultur sel Korean “Makgeolli” dan “Echinacea” untuk mencerahkan kulit.
Kesemua produk Lip Hop telah diuji dan terbukti secara dermatologi. Keseluruhan formulasi siri ini juga dibuktikan bebas daripada enam bahan kimia iaitu – Paraben, Benzophenone, TEA, Mineral Oil, Petrolatum dan BHT. Ini memberikan jaminan produk berkenaan memberikan penjagaan lembut tanpa bahan kimia berbahaya.
Jadilah seperti selebriti Kpop yang seterusnya dengan Lip Hop BYE BYE PORES dan Lip Hop Bright & Glow yang boleh didapati dari cawangan Guardian berhampiran dengan anda. Atau pesan secara dalam talian di https://online.guardian.com.my