Aktress Bollywood, Kareena Kapoor yang sedang sarat hamil 9 bulan selamba menayangkan perutnya dalam sebuah sesi fotografi untuk majalah fesyen Grazia.
Watch the making of our December cover with Kareena Kapoor Khan pic.twitter.com/0jWcL4gVyC
— Grazia India (@GraziaIndia) November 30, 2016
Menurut Kareena, walaupun sedang berbadan dua dan public figure itu tidak menghalangnya untuk bekerja apabila dikehendaki oleh agensi.
“Saya mendapat kepercayaan oleh semua pihak iaitu keluarga, media dan peminat untuk menjayakan sesi fotografi ini.
“Kehamilan ini adalah hak saya dan suami juga telah memberi kebenaran untuk melakukan ini (sesi fotografi), jadi tidak salah untuk berkongsi kegembiraan ini kepada semua,” kata Kareena kepada majalah Grazia baru-baru ini.
Photo – A photo from Kareena Kapoor Khan's stunning shoot with @GraziaIndia. All hail the queen! pic.twitter.com/J6rRxaFlFs
— Kareena Kapoor Khan FC (@KareenaK_FC) November 30, 2016
Bintang filem Bajrangi Bhaijaan ini bakal melahirkan anak sulungnya pada 20 Disember depan.
Dia juga akan kembali beraksi untuk berlakon filem selepas melahirkan anak dengan watak yang bersesuaian.