Dalam pada kita bersenang-lenang hari ini tanpa sebarang gangguan anasir luar sehingga mengancam nyawa mahupun keselamatan, masyarakat Rohingya di Arakan Myanmar yang merupakan saudara Muslim kita telah diperlakukan dengan kejam tanpa belas kasihan.
Bayangkanlah, setiap hari ramai yang dibunuh, kaum wanita dirogol sewenang-wenangnya bahkan kanak-kanak pula hilang masa hadapan meskipun semua angkara ini berlaku tanpa pemahaman mereka. Darah dan air mata mengalir dek diusir dari kampung dan negara sendiri.
Oleh yang demikian, Wanista ingin memanjangkan seruan kepada anda semua untuk membela nasib pelarian ini. Jika tidak banyak, RM1 anda itu pun telah memadai untuk mengubah hari-hari tragik mereka walaupun untuk seketika.
Bayangkan jika anda yang berada di tempat mereka bila mana anak-anak anda kelaparan, suami atau isteri anda dibunuh dan diperkosa tanpa rela, tempat tinggal hilang entah di mana, apa yang anda akan rasa?
Apakah masih ada sinar harapan untuk mereka? Tanggungjawab anda untuk bertindak dan membantu hari ini meskipun tidak seberapa.
Hulurkan bantuan anda menerusi:-
1) Media Prima | [RUJUK SINI]
Akaun Maybank: 5642 7652 2630
2) Malaysian Relief Agency (MRA) | [RUJUK SINI]
Akaun Maybank: 5640 9820 6365
3) Salimah Kebangsaan Malaysia | [RUJUK SINI]
Bank Islam: 1203 80101 07403
4) Islamic Relief Malaysia (IRM) | [RUJUK SINI]
Maybank Islamic: 5621 4270 8704
Bank Islam: 12 029 01 006564 3
Affin Islamic: 10 671 000278 4
Bank Rakyat: 11080 10000 35
CIMB Islamic: 860 2073818
5) Yayasan Kumpulan Utusan | [RUJUK SINI]
Bank Islam: 14 283 01000057 2